Friday, December 12, 2014

MENSEJAHTERAKAN RAKYAT : WAJAH-WAJAH BERSYUKUR ANAK-ANAK KOTA TINGGI


Lazimnya pada akhir tahun anak-anak akan mula berkira-kira untuk mendapatkan persiapan serba baru ke sekolah dan ibubapa pula akan resah untuk mencari perbelanjaan lebih atau membuat peruntukan khas demi memenuhi kehendak anak-anak.

Ahli Parlimen Kota Tinggi

Tetapi ini tidak berlaku kepada ibubapa warga Kota Tinggi apabila bantuan kelengkapan ke sekolah bagi meringankan perbelanjaan mereka telah disempurnakan di dalam satu majlis "Penyampaian Sumbangan Bantuan Kelengkapan Sekolah Parlimen Kota Tinggi" bersama-sama JPMM, DUN Sedili, DUN Johor Lama dan Yayasan Mesra dengan kerjasama PLUS Malaysia Berhad pada 10 December 2014 lalu, seramai 500 orang kanak-kanak sekolah telah mendapat bantuan peralatan ke sekolah.

Bantuan telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin dan dengan jelas telah menyahut saranan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2015 yang bertemakan "Mensejahtera Rakyat". Di antara kata-kata Perdana Menteri adalah;
"Sebenarnya, kemakmuran sesebuah negara bergantung juga kepada kemampuannya untuk menyediakan tahap kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Sebagai langkah meringankan beban perbelanjaan awal persekolahan yang ditanggung oleh ibubapa dan penjaga pelajar, khususnya golongan berpendapatan rendah, Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan..."

Prihatin badan-badan korporat seperti PLUS dan NGO seperti Yayasan Mesra dalam menunaikan tanggungjawab sosial (CSR) mereka, inisiatif ini perlu dicontohi dan dialu-alukan.

Saksikan wajah riang anak-anak yang telah mendapat beg sekolah baru serta beberapa kelengkapan asas yang lain bersama-sama ibubapa mereka. 








Prihatin Ahli Parlimen Kota Tinggi pasti akan dikenang dan disyukuri bukan sahaja oleh pelajar tetapi ibubapa mereka juga turut berasa lega apabila sekurang-kurangnya bantuan ini telah pun mengurangkan beban mereka. Sekaligus, saranan Perdana Menteri telah disambut Datuk Ehsanuddin bagi ... MENSEJAHTERAKAN RAKYAT KOTA TINGGI

No comments:

Post a Comment