Sunday, December 28, 2014

BILA BANJIR DI AIR HITAM, WEE KA SIONG BERTINDAK PANTAS


Apabila bencana alam berlaku, mangsa tidak akan dibezakan antara bangsa dan fahaman politik. Begitu juga apabila rakyat ditimpa malapetaka, pemimpinnya tidak perlu memilih antara bangsa dan fahaman politiknya, yang penting adalah mangsa perlu diselamatkan dan bantuan perlu diikhtiarkan.

Demografi penduduk di Air Hitam, Johor adalah Melayu - 56.39%, Cina - 39.57% dan India - 4.02% dan Ahli Parlimennya ialah Datuk Wee Ka Siong dari BN/MCA.

Tatkala negeri-negeri di pantai timur sedang mengalami banjir yang boleh dikatakan terburuk dalam sejarah negara, Johor juga mendapat tempiasnya apabila air banjir akan mengalir ke kedudukan Air Hitam di tengah-tengah antara kawasan banjir yang lain.

Pada tahun 2006 dan 2007, kawasan Air Hitam pernah mengalami banjir yang sangat teruk. Oleh itu Ahli Parlimennya, Datuk Wee Ka Siong sentiasa mendapat kerjasama rapat dari ketua-ketua daerah, ketua-ketua kampung dan pengerusi JKKK, setiap kali musim hujan di hujung tahun.

Semalam apabila berlaku saja banjir di peringkat yang membimbangkan di Air Hitam, Datuk Wee telah segera mengetuai tindakan persedian pusat pemindahan serta bekalan dengan membuka 2 pusat pemindahan di SK Kota Dalam dan SMK Suria Perdana.

Di SK Kota Dalam, seramai 26 keluarga dan di SMK Suria Perdana pula seramai 11 keluarga, yang kesemuanya berjumlah 122 mangsa.


Datuk Wee di Pusat Penempatan Banjir di Air Hitam, Johor


Mangsa banjir di Air Hitam telah dijaga baik dan bukan saja bekalan makanan dan tempat perlindungan disediakan, tetapi khidmatan perubatan juga telah dipastikan Datuk Wee disediakan.

Selaku Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee juga memastikan bantuan telah digerakkan ke Kelantan dan Terengganu. Datuk Wee dan Presidennya telah punberada di Gua Musang semenjak minggu lalu dan sebanyak 12 tan bekalan dengan 2 lori telah pun dihantar melalui Cameron Highlands. Bekalan adalah berbentuk makanan untuk dimasak, makanan kering dan air minuman yang sangat diperlukan.

3 buah lagi lori dengan bekalan sebanyak 9 tan dari pejabat MCA akan terus ke Kuala Krai, satu lagi kawasan teruk yang dilanda banjir. Bekalan akan terus dihantar ke kawasan Tanah Merah, Kemangan dan Machang. Dato Paduka Chew Mei Fun pula akan menguruskan penghantaran barangan melalui helikopter ke kawasan-kawasan yang sukar untuk dihubungi.

1 treler bekalan keperluan mangsa banjir pula telah diletakkan di Kuala Terengganu.

Pada masa yang sama, keadaan di Johor juga dalam keadaan berjaga-jaga.

Datuk Wee berpesan kepada penyumbang-penyumbang bekalan bantuan agar mempercepatkan penghantaran dan terus dihantar ke pusat pengumpulan supaya setiap penghantar dapat dihantar segera dan lebih tersusun.

Memang benar kata Datuk Wee, apa guna tuduh menuduh dan menuding jari dalam keadaan rakyat sedang sangat mengharapkan bantuan seperti yang dilakukan Lim Kit Siang dari DAP. Datuk Wee dapat merasakan betapa sengsaranya keadaan rakyat ketika beliau berada di Kelantan, beliau sendiri telah dipeluk seorang ibu tua apabila roti dihulurkan.

Diharap lebih ramai yang datang ke hadapan untuk membantu daripada yang hanya tahu mengkritik, itulah nasihat Datuk Wee Ka Siong.

No comments:

Post a Comment