Monday, September 22, 2014

FELDA DI FASA KEDUA DENGAN FGV SEBAGAI KUASA BESAR EKONOMI

Kita imbas semula kata-kata DS Najib ketika berucap merasmikan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan dan Majlis Hari Raya 2014 di Stadium Jasin dan di antaranya;


... dan yang berikutnya;

"Kita buka buku baharu, strategi baharu untuk jadikan Felda satu komuniti yang hebat, kita letak FGV (Felda Global Venture) kita senaraikan saham di pasaran, kita dapat raih sumber modal tambahan.
"Kalau kita tarik buah (sawit), banting tulang usahakan tanah 10 ekar, kalau strategi tidak betul, kita tidak dapat jual minyak sawit kita di pasaran dunia dan peneroka tidak dapat hasil berpatutan.
"Felda akan terus memberikan bonus dan dividen kepada peneroka setiap tahun dan bukan melaksanakan pemberian ini secara 'one-off'.
"Ramai beranggapan peneroka Felda merupakan anak emas, bagaimanapun apa yang diberikan kerajaan kepada peneroka Felda adalah suatu penghargaan kepada peneroka yang berkorban ketika waktu sukar penubuhannya.

"Seperti kita bercucuk tanam, kita baja, usahakan dalam 10 hingga 30 tahun kita raih hasilnya.

Apa hasilnya dan apa pula perkembangan Felda untuk dijadikan kuasa besar ekonomi? 

Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) adalah syarikat pelaburan Felda, dan semenjak disenaraikan di Bursa Malaysia pada June 2012, ia merupakan IPO (Initial  Public Offering) kedua terbesar di Asia dan ketiga di dunia selepas Facebook dan Japan Airlines. Sekaligus telah meletakkan Malaysia kukuh didalam radar pelaburan global.

Penyenaraian di bursa saham menerusi sebuah syarikat yang dinamik akan mampu membawa Felda menyertai barisan firma-firma perniagaan pertanian bertaraf dunia. Menjelang tahun 2020, FGV mensasarkan menduduki di antara 10 syarikat teratas dalam perniagaan tani, dan menerajui dalam sektor kelapa sawit, getah dan gular dari penanaman hingga pemprosesan, dari logistik hingga ke eksport.

Bagi merealisasikan sasaran 2020, strategi perniagaan FGV melebar kepada peluang-peluang melalui penggabungan dan pengambilalihan syarikat-syarikat lain serta memesatkan perniagaan organiknya. Pada Oktober lalu, FGV telah selesai pembelian Pontian United Plantations yang mempunyai tanah di Sabah dan Johor yang dijangka dapat mengukuhkan lagi kedudukannya.

Tahun ini, FGV bakal mengumumkan pengembangan dalam aktiviti kelapa sawit, getah atau tebu di Myanmar, Kemboja, Malaysia dan Indonesia. FGV juga sedang menjangkakan memperolehi lebih banyak tanah, menubuhkan kemudahan pemprosesan getah di Myanmar dan mengembangkan perniagaan minyak masak di Asia.

FGV menguruskan 138 estet dan lebih 400,000 hektar ladang kelapa sawit, memiliki 72 kilang kelapa sawit, 13 kilang penapis, 11 kilang getah, 10 pemasangan pukal, dua loji oleokimia dan satu kilang biodiesel.

Sebagai pengeluar minyak sawit mentah terbesar di dunia, FGV berjaya mengeluarkan 3.3 juta tan tahun lepas yang mengambilkira tujuh hingga sepuluh peratus daripada pengeluaran dunia.

Ia mempunyai lebih 200 anak syarikat dan beroperasi di 12 buah negara. Pada tahun 2013, FGV telah melaporkan perolehan sebanyak RM12.57 bilion dan keuntungan bersih sebanyak RM980.99 juta. Ia juga merupakan antara 30 firma utama Bursa Malaysia dengan permodalan pasaran yang paling tinggi sebanyak RM16.4 bilion pada Disember 2013.

Maka, benarlah dengan kata-kata perangsang DS Najib di atas, Felda sedang menuju ke fasa kedua dengan lebih agresif dan berdaya maju kesemuanya itu adalah untuk anak emas peneroka Felda sebagai suatu penghargaan kepada peneroka yang berkorban ketika waktu sukar penubuhannya.


No comments:

Post a Comment