Wednesday, August 06, 2014

DARI YAYASAN MESRA KE JALINAN MESRA AIDIL FITRI - INI BARU RAYA!


Jika sesiapa telah sempat menoton program "Mesra Aidil Fitri - Ini Baru Raya' yang berlintas langsung di siaran Selamat Pagi Malaysia RTM 1 pada 29 dan 30 Julai bersamaan 2 dan 3 Syawal lalu, ia bertempat di Kg Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor. Ini adalah promo awalnya;




Meriah sungguh warga Kota Tinggi...

Kita bukan saja dapat menonton suasana riang dan mesra Aidil Fitri, tetapi yang menyeronokkan kita dapat saksikan bagaimana warga Kota Tinggi khasnya dan rakyat Johor amnya bertradisi menyambut lebaran. Dari pakaian hingga ke juadah makanan masakan Johor yang terhidang dari muafakat rewang dan menghidupkan fitrah Aidil Fitri untuk bermaaf-maafan dan ziarah menziarahi di kalangan warga Kota Tinggi.

Welcome drinks hanya di Kg Teluk Sengat... Air Sakar

Yayasan Mesra adalah di antara penganjur bersama di samping Pejabat Daerah Kota Tinggi, JKKK Kg Teluk Sengat, JPMM DUN Johor Lama, Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi dan Felda Global Ventures (FGV) adalah penaja utamanya.




Bertepatan dengan matlamat Yayasan Mesra untuk membantu pembangunan sahsiah masyarakat melalui program-program kemasyarakatan selain dari menjaga kebajikan dan pembangunan pendidikan, beberapa siri program lain sepanjang bulan Ramadhan juga telah diatur untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan keharmonian masyarakat yang berbilang kaum. Di antaranya adalah seperti;

1) Mesra Ramadhan Memakmurkan Surau
2) Mesra Sahur Bersama Anak-anak Yatim
3) Ziarah Mesra Jalinan Murni - Khas Ramadhan

Selain daripada itu, program-program yang dianjurkan Yayasan Mesra adalah menjurus kepada kebajikan golongan yang memerlukan seperti asnaf, anak-anak yatim dan orang kurang upaya di mana Pengerusi Yayasan Mesra, Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid bersama dengan ADUN Johor Lama, ADUN Sedili, Pegawai Daerah Kota Tinggi dan agensi kerajaan negeri yang lain juga turut terlibat bersama untuk
menajayakannya.



Yayasan Mesra telah ditubuhkan pada 13 November 2013 di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952. Yayasan ini diasaskan bersama oleh YB Datuk Noor Ehsanuddin bin Hj. Mohd Harun Narrashid dan Encik Zamsari bin Jumani dengan sokongan En Fazli Buyong adalah CEO dan Pn. Noradila binti Mohd Amin.

Semoga Yayasan Mesra terus mengadakan program-program kemasyarakatan dan kebajikan demi memantapkan pembinaan sahsiah dan insaniah masyarakat. Yang pasti muafakat rakyat akan terjalin dan kesejahteraan pula terjamin...

Muafakat membawa berkat...

No comments:

Post a Comment