Tuesday, July 15, 2014

RAJA GULA BUKAN LAGI ROBERT KUOK ATAU SYED MOKHTAR... TAPI SIAPA?


Mungkin ramai yang berpendapat 'Raja Gula' hari ini masih Robert Kuok tetapi hakikatnya industri gula di negara ini telah pun dikuasai Felda Global Ventures (FGV). Sejak 2009, FGV telah memiliki Malayan Sugar Manufacturing  Sdn Bhd (MSM), Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd, sebanyak hampir 5,800 hekta tanah di Cuping, Perlis dan 20% saham di dalam Tradewinds (M) Bhd yang bernilai RM1.5 bilion ketika itu. MSM Holdings telah pun disenaraikan di papan utama Bursa Saham pada 28 Jun 2011.

Kini... RAJA GULA ADALAH MSM (Anak Syarikat Felda Global Ventures)!!!

62% pemasaran gula di Malaysia datangnya dari MSM di mana 80% pengeluaran gula untuk pasaran tempatan dan 20% pula dieksport ke negara-negara seperti Australia, New Zeland, Singapura, Pakistan dan Korea Selatan. Jenama gula MSM yang ada di pasaraya-pasaraya adalah "Gula Prai" dan "Gula Perlis" yang terdiri daripada gula halus putih dan gula perang.

Bagaimana pula dengan dakwaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang menuduh Tan Sri Syed Mokhtar menguasai industri gula dan mampu mengawal harga gula sedangkan MSM adalah pengeluar utama?

Pembabitan Syed Mokhtar dalam Tradewinds hanyalah 37% dan selebihnya adalah milik MSM. Felda hanya memiliki saham dalam Tradewinds di antara 50-70%. Sekali lagi di mana dakwaan Anwar yang mengatakan Syed Mokhtar dan Tradewind yang menguasai industri gula.

Siapa yang mengeluarkan fakta ni? Sila tonton video tersebut...



 
Memang benarlah kata Dato Ehsan, Anwar cuba putar belit fakta dan kelirukan dewan. Ini mungkin kerana Anwar tak tau atau sengaja timbulkan kebenciannya terhadap Syed Mokhtar

Terima kasih juga kepada Dato Ehsan kerana dengan membetulkan fakta Anwar, maka hari ini kita mengetahui MSM (anak syarikat FGV) sebenarnya menguasai pasaran gula sekarang dan bukan seperti yang Anwar kata.


25 comments:

  1. Tak kira la sapa pun kuasai... yg harga gula,minyak masak mencanak naik tak turun-turun tu apsal. Felda tu bukan Kompeni Malaysia ka? Bukan melayu ka? Ni la dikatakan bangsa melayu pelingkup bangsa sendiri! Cekik darah! UMNO=Anwar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada barang x naik. Gaji pun naik. Mesti barang kena naik. Ingat org kerja buat kerja saja ka.

      Delete
  2. oleh itu kita tahu siapa yangsibuk penaik harga gula kan bongok.. bukan robert kuok atau cina.

    ReplyDelete
  3. Apa nak dengki dgn syed tu...dia melayu islam

    ReplyDelete
  4. Hey org paling atas, jd kau nak hrga gula sama smpai ko dah jadi atok nnti? Tahun 2020, tahun 2030, ko nk hrga tetap rm2.80?? Low level economy mentality of malaysian always exist.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro... Cakap macam pandai... Tapi kalau healthy economic growth, org pun tak marah.. Masalahnye skarang, gaji mmg naik, tapi cost of living naiknye macam @#$%&.... Buying power 20 tahun dulu lagi baik dari skarang... Itu yg buat org marah... Lepas tu selected individual je yg senang dapat projek dan buat duit.. Need i say more?

      Delete
  5. Siapa pula raja bontot.

    ReplyDelete
  6. kenapa masa robert kuok menguasai gula, anwar tak pertikaikan harga gula dikawal oleh bilionair berbangsa cina tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab robert kuok tdk naikkn harga gula berkali2 mcm msm/felda...kenaikn spjg robert kouk mguasai pasarn gula selama hampir 20 thn hanya skali je...itupun hanya beberapa sen. Felda???? Buka google cari info.

      Delete
    2. Betul ker harga gula naik sekali jer masa robert kouk? Ayah sy kata masa dia kecil harga gula 15sen jer... knp boleh naik smpai rm2.50?

      Delete
    3. Puih tak habis2 bela puak kafir bodoh!

      Delete
  7. Sapa kata syed mokhtar tu melayu?? pergilh tanya mana2 syed, syarifah.. Arab mana nk ngaku melayu, yg melayu plk sibuk nk jd arab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia muslim la ...saudara kamu dalam agama....bodoh betul statement...pi pertikai melayu ke arab...

      Delete
  8. Islam agama ku,,
    Islam saudara ku...

    ReplyDelete
  9. R Kuok menguasai dan menentukan harga gula dgn pengeluar gula pengeskpot di negara2 asal lg, sebagai pengimpot orang tengah.

    ReplyDelete
  10. Bodoh bodoh bodoh harga gula tak pernah naik cuma subsidi kerajaan tarik balik! Tu pun tak paham kalau kerajaan tak bagi subsidi langsung korang tak beli gula minum aiq pahit noob la puak pr ni!

    ReplyDelete
  11. Org bagi info gula korg berpolitik. Sebelum salahkan sesiapa salahkan diri sendiri sebab melayu di malaysia memang paling ramai yang x bekerja. Berpuas hati dengan apa yang ada. Ubah lah cara hidup kita. Politik ni kotor kita nak campur buat apa. Perbetulkan hidup kita dan keluarga supaya senang dunia dan akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong.baik kita ubah cara hidup. Sbb kawan saya pun ramai yg pemalas. Tapi bila nmpak org senang sikit, kata ada toyol pulak. Padahal org tu senang sbb rajin.

      Delete
  12. untuk pengetahuan semua ,harga gula n minyak sawit di malaysia masih murah berbanding negara jiran kita Indonesia . Harga gula sekilo bersamaan Rm 4.40 manakala minyak sawit Rm 4.00

    ReplyDelete
  13. nak tak nak politik menentukan cara hidup kita.jgn kata tak ambil tau politik.itu kurang cerdik namanya.

    ReplyDelete
  14. Harga gula naik pun ramai je kene diabetis...

    ReplyDelete
  15. Malaysia does not produce its own sugar. MSM buys raw sugar from overseas and refines it for local consumption. There is no sugar plantation in Malaysia. Therefore price is not determined by MSM but the world market. Just like petrol, diesel, cooking oil, etc, Malaysian sugar is also subsidised by the Government so when the price of sugar go up, it is because the Government has reduced the subsidy.

    ReplyDelete
  16. Tumpang lalu ......harga minyak masak sekitar rm2.50/kg ...... Treshold price rm1.70/kg ....... Government subsidize rm0.80/kg..... So.. . what more to say? Bersyukur lah......

    ReplyDelete