Pastikan aplikasi yang disahkan SPAD |
SPAD memaklumkan terdapat 2 kumpulan pengendali perkhidmatan teksi beroperasi secara haram di Johor Baru yang membuat tempahan mengguna kenderaan persendirian melalui aplikasi dalam talian. Ada sesetengahnya dikendalikan dari luar negara dan mereka mendakwa tidak berada di bawah bidang kuasa SPAD.
Apa kata Pengerusi SPAD?
Apa kata Pengerusi SPAD?
Pengguna yang menggunakan perkhidmatan teksi haram ini bakal berdepan risiko tiada perlindungan insurans sekiranya teksi yang mereka naiki itu terlibat dalam kemalangan.
Di dalam Dasar Pelesenan SPAD, tafsiran kelas-kelas kenderaan untuk kereta sewa dan teksi di bawah penguatkuasaan SPAD adalah seperti berikut;
KERETA SEWAKenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi enam atau, dalam kawasan yang dibenarkan oleh Suruhanjaya, dua belas orang (dalam semua keadaan termasuk pemandunya) yang digunakan untuk membawa penumpang pada satu perjalanan sebagai balasan kepada bayaran berasaingan yang dibuat oleh mereka.
TEKSI LAPANGAN TERBANGKenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi tujuh orang (termasuk pemandu) yang digunakan semata-mata untuk membawa orang ke dan dari lapangan terbang sebagai balasan bagi suatu bayaran dan dikendalikan dari suatu pangkalan tetap dalam suatu kawasan yangdibenarkan.
TEKSI MEWAHKenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi tujuh orang (termasuk pemandu) dan dikendalikan dari suatu pangkalan tetap atau dalam suatu kawasan yang dibenarkan sebagai balasan bagu satu bayaran.
KERETA SEWA DAN PANDUKenderaan motor yang disewakan bagi maksud dipandu oleh penyewa atau penamanya.
KERETA SEWA DAN PANDU (PELANCONGAN)Kenderaan bermotor yang disewakan bagi maksud dipandu oleh penyewa atau penamanya sama ada pelancong atau bukan pelancong dan digunakan secara eksklusif untuk membawa pelancong atau pelancong-pelancong.
Bukan saja penumpang-penumpang teksi haram ini berhadapan dengan risiko tidak dilindungi insuran tetapi mereka juga akan berhadapan dengan risikol dikenakan tambang yang akan ditetapkan pemandu-pemandu atau syarikat-syarikat haram ini.
Pihak SPAD telah selaraskan kadar-kadar tambang mengikut perjalanan teksi, bagasi, jumlah penumpang, had umur serta OKU dan semua panduan ini boleh didapati DI SINI.
Tidak semua pengendali aplikasi teksi tidak diiktiraf SPAD, namun aplikasi seperti MyTeksi adalah di antara yang dibenarkan kerana mereka telah berdaftar dengan SPAD.
Pilihan di tangan kita dan terpulang kepada kita menentukan keselamatan dan keselesaan. Oleh itu, lebih baik beringat sebelum kita terpaksa berhadapan dengan masalah.
No comments:
Post a Comment