Wednesday, June 11, 2014

LARKIN SENTRAL PERLU CONTOHI TBS UNTUK BANTERAS ULAT TIKET

Kisah ulat tiket di terminal bas bukan sesuatu yang baru. Kini rakyat semakin resah dan gelisah kerana mereka lebih berani melakukan kegiatan menjual tiket bas secara terbuka dan memaksa.

Baru-baru ini kejadian yang sama juga telah berlaku di Larkin Sentral dan mendapat perhatian netizen;

SPAD dipersalahkan?

Sebagai agensi kerajaan yang responsif, SPAD telah pun mengambil tindakan menyiasat kejadian seperti yang didakwa di atas. Berikut adalah hasil siasatan pihak SPAD;
Anggota telah membuat pemeriksaan di Kaunter hadapan platform seperti kaunter syarikat KKKL, Delima,City Express, Mayang Sari dan Cepat Sedia.

Platform dan tiket penumpang juga telah diperiksa dan mendapati harga pada hari ini dijual pada harga normal.

Syarikat yang diperiksa dari Syarikat Qistna, Shamisha, Kwok Ping dan Meredian Holiday. Tiada notis dikeluarkan.

Aktiviti ulat tiket juga tidak aktif memandangkan cuaca hujan yg amat lebat di Larkin Sentral pd hari ini.

Untuk makluman, anggota juga telah membuat pemeriksaan pada hari yang sama dipercayai aduan dibuat tarikh 8/6/14 di Larkin Sentral. Pada waktu itu keadaan masih tenang.

Aduan terbuka tersebut dibuat dipercayai berkemungkinan dari beberapa faktor dibawah:-

1. Kejadian berlaku kerana beberapa kaunter tiket dikatakan ditutup setelah tiket habis dijual.

2. Ulat telah ambil kesempatan dgn menaikkan harga tambang sehingga 2 kali ganda dari harga asal kepada penumpang apabila anggota SPAD telah beredar meninggalkan Larkin Sentral.

3. Penumpang yg berpusu-pusu inginkan tiket untuk ke Kuala Lumpur dan lain-lain tempat untuk memulakan minggu baru dan masih musim cuti sekolah.

4. Pemeriksaan seterusnya akan dilaksanakan dan tangkapan berpandukan ID sedia ada akan dibuat ke atas OYDS.

Maka adalah tidak benar kenyataan menuduh SPAD tidak membuat pemantauan ketika kejadian seperti yang ditulis di atas kerana dengan jelas sekali pegawai-pegawai SPAD sememangnya berada di terminal bas tersebut.

Walaubagaimanapun, sesuatu yang semua perlu tahu, ulat-ulat tiket ini masih berjaya meneruskan aktiviti haram mereka dengan membeli tiket secara pukal dari syarikat-syarikat bas. Yang menjadi musykil adalah bagaimana ulat-ulat ini mampu mendapatkan tiket bas jika pihak syarikat tidak menjual kepada mereka? Adakah syarikat-syarikat bas ini bersekongkol atau ulat-ulat ini juga adalah sebahagian dari mereka?


Sebenarnya, isu ulat-ulat tiket ini mampu dibentras di mana-mana terminal bas seandainya tiket bas dijual mengikut cara kejayaan Terminal Bersepadu Selatan - Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) dalam memerangi ulat tiket menerusi sistem pembelian tiket berpusat yang dilengkapi kemudahan seperti kaunter khidmat pelanggan 24 jam dan kemudahan pembelian. Terdapat juga mesin kios untuk membeli tiket secara tunai atau “touch n go”. Cadangan ini telah pun dilaksanakan semenjak 2012.

Satu lagi cadangan yang pernah diketengahkan oleh pihak SPAD pada tahun lalu, syarikat-syarikat bas ini menjual tiket secara online.


Jika kita ke TBS, bukan saja kita mampu menikmati keselesaan di terminal tersebut malahan ulat-ulat tiket hampir pupus dan kita tidak perlu risau memilih mana-mana bas dan terus membeli tiket di kaunter-kaunter.

Cadangan telah pun diberikan oleh pihak SPAD, kini terpulang kepada rakyat untuk mendesak pemilik bas-bas terminal melaksanakan cadangan SPAD. Kita ada pilihan dan kita berhak membuat pilihan.

Maka pilihan kita, bantu banteras ulat-ulat tiket dengan mendesak kesemua terminal bas melaksana cadangan SPAD DAN MENCONTOHI TBS-BTS!

2 comments:

  1. Farouq Omaro: Kelmarin saya baru selesai bercuti di Johore Baharu dan saya sudah terkena oleh ulat tiket ini. Memang saya terus ke kaunter tetapi ada pula si ulat di kaunter. Dia bilang bas ke KL jam 3 (waktu tu baru 1.15). Jadi dia bilang bagus naik bas jam 2. Caranya sangat meyakinkan. Sebelum jam 2 kami sudah berkumpul, tau-tau jam 3 lebih baru jalan. Rupanya ramai yg tertipu, bila ada penumpang tegur, marah pula ulat-ulat tu semua, apakan daya duit sudah dibayar! Bas pula bukan naik di platform, mau jalan ke tengah2 dgn bawa beg dan anak2. Basnya pula aircond tidak kuat, bila hujan bocor sana sini. Teruklah!!! Saya akan beri amaran kepada rakan2 di Sabah tentang bahaya beli tiket di Larkin. Memanglah waktu buat operasi diorang hilang, diorang bukan bodoh! Sepatutnya penguatkuasaan sepanjang masa. Kesian saya tengok, ada penumpang2 muda yang jalan sendiri bukan mau beli tiket dari ulat pun, tapi pandai betul diorang memaksa! Ada gadis2 yang macam tidak terkata terus terpaksa beli. Buatlah sesuatu SPAD, bukan operasi bermusim, ulat ni pun ada orang dalam juga, tu la diorang berani. Ulat ni semua perosak pada imej Johor.

    ReplyDelete
  2. TBS memang power..the best bust station in Malaysia 😄

    ReplyDelete