Tuesday, April 22, 2014

RAM KARPAL ADALAH AMANAH MENDIANG KARPAL SINGH, APAKAH DAP AKAN TUNAIKAN?



Kerusi Parlimen Bukit Gelugor (P051) telah kosong setelah kematian Karpal Singh dalam satu kemalangan 17 April lalu. Kini, bagi mengisi kekosongan kerusi P051, satu pilihanraya kecil bakal diadakan dalam tempoh 60 hari.

Terdahulu, bagi pihak BN kerusi parlimen tersebut adalah kouta MCA dan semenjak 2004, mendiang Karpal Singh yang mewakili DAP telah memenangi pada pilihanraya umum dengan majoriti sebanyak 775 undi pada tahun 2004, 21,015 pada tahun 2008 dan pada 2013 dengan majoriti 42,706.

Melihat kepada majoriti yang menjunam naik pada tahun 2008 dan 2013, pasti DAP tidak akan menghadapi sebarang kesukaran untuk menang semula kerusi parlimen ini pada pilihanraya kecil yang bakal diadakan nanti.

Namun yang menjadi persoalannya adalah seperti biasa, siapakah calonnya kali ini?


Bagi mengekalkan momentum kemenangan mendiang Karpal Singh di PRU lalu, nampaknya telah terdengar-dengar calonnya mestilah dari pewaris mendiang yang terdiri dari ahli keluarganya juga walaupun ramai mengetahui DAP akan dapat mengekalkan majoriti dengan undian simpati.

Ramkarpal juga dikatakan anak yang telah dipilih mendiang Karpal untuk mengganti kerusi parlimennya seandai beliau disabitkan dengan kesalahan di mana mendiang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana disabitkan mengeluarkan kata-kata menghina dan menghasut dalam krisis perlembagaan di Perak apabila di pejabatnya di Jalan Pudu Lama, Karpal Singh telah mengeluarkan kenyataan bahawa DYMM Sultan Perak perlu diseret ke mahkamah untuk dibicarakan kerana memberikan perkenan kepada perlantikan Zambry Abdul Kadir setelah Pakatan Rakyat kehilangan majoriti di DUN Perak.

Satu lagi nama dan juga anak Karpal iaitu Jagdeep Singh Deo, ADUN Datuk Keramat telah disebut-sebut sebagai calon P051 tetapi oleh kerana pendirian DAP untuk tidak bertanding di 2 kerusi Parlimen dan ADUN, kecuali diberikan kepada Lim Guan Eng, maka Jagdeep bukanlah calon pilihan. Cadangan ini juga telah diutarakan oleh mendiang Karpal.

Persoalannya sekarang, apakah DAP akan menunaikan wasiat Karpal nanti, kita sama-sama tunggu setelah SPR membuat pengumuman tarikh PRK P051 Bukit Gelugor.

No comments:

Post a Comment