X klakar YB...Itulah yang ditulis oleh Aznil Nawawi, seorang selebriti TV membalas kenyataan YB Nizar Jamaluddin ketika cuba mempersendakan kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan Boeing 777 - MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Nizar berkata kegagalan pihak berkuasa mengesan pesawat itu beberapa
jam selepas terputus hubungan sejak pukul 2.40 pagi Sabtu menunjukkan
"Segitiga Bermuda yang baru telah dikesan di kawasan perairan Vietnam.
Peralatan sofistikated yang lengkap tidak ada guna."
Tweetnya itu adalah sebagai reaksi kepada tweet penyampai berita CNN,
Piers Morgan yang menyuarakan kehairanannya bagaimana sebuah pesawat
besar yang berteknologi tinggi boleh "hilang" begitu saja.
Namun, kenyataan Nizar terus mendapat reaksi dari Twitterjaya (TJ) seperti;
Dunia sedang bersedih;
Siapa pemimpin PAS ini di mata rakyat Malaysia, sama-sama kita nilai dan sebaiknya menolak mentaliti seperti ini.
Dunia sedang bersedih;
Ini contoh rakyat yang rasional;
Kepada penyokong-penyokong PAS, sila nasihatkan Nizar supaya tidak terus-terusan mengeluarkan kenyataan yang pasti menampakkan perangai pemimpin PAS yang busuk hati dan tiada langsung perasaan simpati dan positif.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/nizar-jamaluddin-dicemuh-buat-lawak-kehilangan-boeing-777-mh370-31474?cp
No comments:
Post a Comment