Monday, March 03, 2014

PENCALONAN CHEW MEI FUN - APA KATA MEREKA?

Pencalonan Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakilili MCA untuk bertanding sebagai calon BN di PRK Kajang nanti adalah satu pilihan yang dilihat sebagai satu cabaran sengit kepada Anwar Ibrahim yang dianggap tokoh gergasi politik tanahair.

Walaupun DP Mei Fun dikatakan sebagai calon 'underdog' oleh sesetengah pihak terutama yang tidak memihak kepada BN, beliau bukanlah seseorang yang asing kepada BN terutama MCA dan di kalangan pengundi Cina. Biodata Datin Paduka boleh dinilai ... DI SINI.

Namun, sesuatu yang mengagumkan apabila pencalonan mendapat sokongan padu dan sebulat suara dari kesemua pemimpin komponen BN walaupun pada satu ketika ada di antara pemimpin-pemimpin UMNO berkeras untuk meletakkan calon dari UMNO dan ada juga beberapa pemimpin yang mencadangkan agar BN tidak bertanding.

Akhirnya parti-parti komponen BN, berpakat dan bersetuju sepenuhnya. Berikut adalah sokongan yang ditunjukkan mereka dan di antaranya ialah;

"Pucuk pimpinan BN sebulat suara memilih Mei Fun kerana beliau pernah berkhidmat dalam kerajaan, berjiwa rakyat dan berpengalamanluas dalam bidang politi." Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri | BH
"Chew merupakan calon terbaik BN dalam memastikan kemenangan BN dalam PRK Kajang kerana DUN Kajang merupakan kawasan yang pernah dimenangi BN beberapa kali menerusi calon MCA pada pilihan raya yang lepas sebelum pembangkang memerintah negeri Selangor," Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - mStar
"Kami telah mencadangkan seorang calon yang berintegriti dan boleh dipercayai selain berwibawa untuk menunaikan janji-janjinya dengan penuh dedikasi." - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai | Bernama
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula percaya Chew mampu membawa pembaharuan ke Kajang serta negara.


"Beliau tahu bagaimana untuk menarik perhatian pengundi kerana beliau pernah berkhidmat dalam kerajaan persekutuan sebelum ini. Kami menaruh kepercayaan penuh bahawa Chew adalah calon tepat untuk Kajang," - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M.Kayveas 
Sementara Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Senator Datuk Syed Kader Ibrahim yakin Chew mampu menunaikan janji-janjinyakepada penduduk Kajang.

Tidak ketinggalan juga, persepsi positif dari para penganalisa politik dan juga ahli-ahli akademik

"Sejarah telah membuktikan bahawa calon wanita boleh menang di Dun Kajang, ini terbukti dengan kemenangan calon wanita di Dun tersebut sebelum ini," demikian menurut penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Mohd Fuad Mad Jali.

"Saya rasa Chew Mei Fun mampu memberi tamparan terhadap Anwar." - SH

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Mei Fun yang juga seorang tokoh nasional mempunyai penyokong tersendiri dan mampu memberi saingan hebat kepada Anwar sekaligus menolak persepsi awal BN tidak perlu meletakkan calon.
"Namun Mei Fun ini juga ada penyokong 'hardcore' dan jika dia berjaya berkempen dengan betul, kemungkinan dia boleh menang dengan menarik kaum Cina dan wanita yang mempunyai kecenderungan untuk memilih calon wanita juga,"
Di era dunia berada di hujung jari, peranan media sosial telah diiktiraf oleh masyarakat hari ini sebagai kaedah untuk menyampaikan berita dan juga propaganda samada putih atau hitam dengan lebih pantas dan terbuka.

Pandangan terbuka bloggers dan cybertroopers juga telah mendapati pencalonan DP Mei Fun sebagai positif dan di antaranya;
"She is cute. The Kajang folks may not have the heart to see her bullied by Anwar." - Life of Annie


Dengan maklumbalas yang sangat positif ini, maka diharap BN tidak akan mudah tunduk dengan tekanan-tekanan yang bakal dikenakan walaupaun kali ini Selangor dikuasai pihak Pakatan.


Yang pasti, BN tidak akan membenarkan Anwar dan sekutu-sekutunya selesa di Kajang!!!


2 comments:

  1. Kepada ketua MCA Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai,

    Kami ingin memberitahu bahawa ketua cawangan MCA Gombak YIP KUM FOOK dan ketua pemuda MCA Gombak YIP JIUN HANN, nama mereka sangat kotor di masyarakat Cina sebab mereka halau Sami Buddha keluar dari BUDDHA KUIL SAMNAK SAMBODHI, 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, kepong, Kuala Lumpur.

    Untuk kemenangan pilihan kecil, Calon BN PRK DUN Kajang: Datin Paduka Chew Mei Fun, kami harap peminpin MCA dan parti komponen BN, jauhkan orang yang tersebut di atas.

    Kalau tidak parti MCA tentu akan kalah dengan lincin

    Sekian, Terima Kasih

    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete
  2. Demi kemenangan BN, kita terus bersatu

    ReplyDelete