Pada bulan April 2013, YAB Perdana Menteri telah melancarkan Program Perdana Teksi 1Malaysia dengan pemberian 1000 unit TEKS1M kepada pemandu-pemandu teksi yang layak.
Oleh itu, 1000 unit TEKS1M ini merupakan permulaan kepada pengenalan kelas perkhidmatan baru dan merupakan sebahagian daripada agenda transformasi industrii teksi.
Sebagai keperluan di dalam dasar dan syarat operasi untuk menjadi seorang pemandu TEKS1M, pihak SPAD telah menganjurkan program latihan 2 hari kepada pemandu-pemandu TEKS1M. Di samping dijadikan sebagai syarat dan dasar, program ini juga adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan teksi di negara kita.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar telah hadir untuk menyampaikan sijil kepada 56 pemandu TEKS1M yang menjalani latihan ini, bertempat di ibu pejabat SPAD, KL Sentral, Kuala Lumpur.
Kursus dua hari ini menitikberatkan kemahiran dan pengetahuan yang berikut;
Hari Pertama :
Peningkatan kesedaran diri, pembangunan minda dan menyuntik semangat bangga menjadi pemandu teksi
Hari Kedua :
Perkhidmatan pelanggan, komunikasi dan tanggungjawab pemandu
Pemandu-pemandu TEKS1M akhirnya dapat manfaatkan latihan ini dengan menggunakan teknik berkomunikasi yang berkesan dengan penumpang. Di samping itu, secara langsung mereka telah menjayakan diri dengan menjaga imej, nama baik dan kerjaya.
Mereka juga diajar teknik meningkatkan pendapatan dan syarat serta peraturan operasi. Akhirnya mereka berupaya memahami aspirasi, perancangan dan harapan SPAD.
2 orang pemandu telah diberi sijil penghargaan yang telah menunjukkan sifat terpuji semasa menjalankan tugas sebagai pemandu teksi. Mereka adalah;
En Muhammad Muhaimnin bin Abdullah telah menjumpai dan memulangkan dompet yang mengandungi wang tunai, kad pengenalan, kad ATM bank dan kad kredit seorang Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya.
En See Meng Koe pula diberi penghargaan kerana telah memulangkan semula kamera yang bernilai RM20,000 kepada seorang jurutera yang baru pulang berbulan madu di Langkawi.
SPAD berharap agar pemandu-pemandu teksi sebagai 'benchmark' kepada sistem pengangkutan awam yang lain.
Malaysia juga ingin mempamerkan kepada dunia, bahawa pemandu-pemandu teksi di negara ini terutamanya di sekitar Lembah Kelang adalah profesional dan berhemah. Ini dapat memberi keyakinan terutama pelancong-pelancong dari luar negara merasa selamat dan selesa untuk mengguna perkhidmatan teksi.
Rakyat dialu-alukan untuk mengingati yang berikut;
SPAD Aduan Hotline (1-800-88-7723), melalui email (aduan@spad.gov.my), via Twitter @aduanSPAD atau Facebook rasmi SPAD.
Rakyat dialu-alukan untuk mengingati yang berikut;
SPAD Aduan Hotline (1-800-88-7723), melalui email (aduan@spad.gov.my), via Twitter @aduanSPAD atau Facebook rasmi SPAD.
No comments:
Post a Comment