Thursday, March 13, 2014

KEMPEN BERSIH DAN SIHAT MEI FUN DI #PRKKajang

Sepanjang berkempen setelah diumumkan sebagai calon BN di PRK Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun berprinsip melakukan kempen bersih dan sihat.

Ini telah dibuktikan dengan gerak kerja dan aktiviti bersama-sama penduduk Kajang.

Beliau lebih memfokus kepada isu-isu tempatan dan setiap aduan rakyat tempatan di Kajang. Dalam siri kempen beliau, seringkali beliau menawarkan khidmat samada sosial, ekonomi, infrastruktur dan pendidikan.

Bermula dengan setiap pagi bersarapan dengan penduduk-penduduk tempatan sambil melakukan walkabout;




Kemudian sesi berdialog dan berinteraksi dengan penduduk pelbagai kaum;




Bersosial dan bersantai;










Waktu malam pula memberi penerangan tentang prinsip perjuangannya;






Dengan menekankan nilai-nilai politik bersih dan sihat, Mei Fun sedaya mungkin mengelak daripada mencerca calon lawannya.

Tanpa menerangkan dengan lebih lanjut mengapa Wan Azizah bertanding, rakyat dengan sendiri dapat menilai integriti dan kredibiliti Mei Fun.

Inilah transformasi yang dibawa calon parti BN/MCA yang menunjukkan kematangan dan komitmen mereka. Mei Fun mengambil peluang ini untuk menerangkan kepada pengundi bahawa dengan memberi undi kepada BN, ini bermakna mereka akan menguatkan lagi suara pembangkang di DUN Selangor dan seterusnya memberi peluang untuk memainkan peranan dengan lebih berkesan.

Walaupun beliau terdengar yang pihak pembangkang memang gemar menyerang peribadi calon-calon yang bertanding, namun setiap serangan peribadi terhadapnya sebaliknya memberi semangat yang lebih dan beliau hadapi dengan semangat yang lebih tinggi untuk memastikan kemenangan pada 23hb Mac nanti.

No comments:

Post a Comment