Friday, January 31, 2014

PENYAKIT BERJANGKIT ANWAR KINI MELANDA RAFIZI

PKR yang kini telah popular dengan panggilan Parti Kangkung Rakyat telah memaksa Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli membuat permohonan maaf secara terbuka bagi menagih simpati rakyat.

Melalui posting terbaru di laman blognya, Rafizi mengakui tindakan partinya itu, telah mengakibatkan wang rakyat terpaksa digunakan bagi membiayai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.


"Tidak ada alasan untuk membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya memohon maaf dan parti bersedia untuk dihukum oleh pengundi di Kajang," katanya yang mengaku bertanggungjawab menyusun langkah politik itu.

Jelas sekali, penyakit meraih simpati rakyat dengan airmata sengaja dijangkiti oleh Rafizi dari Ketua Umum mereka, Anwar yang suatu ketika dahulu juga digunakan oleh isterinya Wan Azizah.

Menurut ahli parlimen Padan itu juga, tidak ada penjelasan yang dapat diberikan bagi meredakan kemarahan rakyat terhadap langkah politik itu. Selaku orang yang bertanggungjawab dia juga akan memikul sepenuh tanggungjawab sekiranya rakyat khususnya pengundi di Kajang bertindak untuk menghukum PKR di dalam PRK yang bakal berlangsung kelak.

Paling menarik dia turut mengakui wujudnya perbezaan pendapat dalam parti itu sehingga mengakibatkan mereka berpuak-puak sehingga menyebabkan rakyat merasa kecewa. Oleh itu langkah yang diambil ini kononnya untuk mengelakkan kerajaan PKR Selangor menerima nasib yang sama ketika Pas memerintah Kedah pada penggal yang lalu.
             
Dalam erti kata lain, Rafizi akhirnya terpaksa mengakui bahawa parti itu sedang bergolak dan saling berebut kuasa seperti yang dilaporkan oleh pihak media, blog dan laman sosial sebelum ini.

Persoalannya ialah, mereka sebelum ini bukan sahaja menafikan isu pergolakan tersebut malah dengan biadab mengatakan ia hanyalah khabar angin yang sengaja direka oleh pihak Umno dan BN.

Maka Rafizi sepatutnya perlu terlebih dahulu memohon maaf kepada semua ahli Umno di atas fitnah yang telah dilemparkan selama ini. Kerana pengakuan Rafizi itu jelas membuktikan bahawa PKR selama ini bukan sahaja cuba menutup isu tersebut, malah telah berbohong kepada rakyat bagi mengelakkan parti itu menerima cemuhan masyarakat.

Kesimpulannya ialah, permohonan maaf Rafizi itu hanyalah merupakan taktik murahan demi menagih simpati dan sokongan masyarakat yang jelas marah dengan permainan ‘sarkas’ politik ini.

Ini kerana sekiranya kemarahan tersebut GAGAL diredakan, ia bakal mengundang padah kepada parti itu. Natijahnya, Anwar selaku calon yang bakal diletakkan bertanding bagi mewakili PKR berkemungkinan besar akan menerima kekalahan yang memalukan.

Blogger JebatMustDie juga tidak yakin dengan airmata Rafizi malahan beliau mencabar keikhlasan Rafizi agar di PRK Kajang meletakkan calon dari PAS atau DAP dan dengan ini rakyat tidak perlu menghukum PKR....

Cabaran ini akan berakhir pada 12pm 31 Januari 2014 GMT +8

Jika beliau gagal menamakan mana-mana calon dari DAP atau PAS, airmata yang mengalir dari Rafizi hanya sekadar drama dan penyakit jangkitan Anwar sedang menular!


 

1 comment:

  1. When he prettily shed those tears, i knew we're in for drama berat tahun ini. alahai

    ReplyDelete