Saturday, January 25, 2014

KEMPEN HAD LAJU 90KM/JAM ... SPAD SERIUS TANGANI KESELAMATAN JALAN RAYA

Kita semua maklum didalam kebanyakan kemalangan jalanraya yang berlaku, puncanya adalah apabila pemandu sesebuah kenderaan memandu dengan had laju yang berlebihan. Oleh itu, SPAD sebagai badan yang melaksana penguatkuasaan undang-undang telah memandang serius keselamatan penumpang ketika berada di dalam pengangkutan awam terutamanya bas dan dengan itu, SHE iCOP ini sangat penting.

Baru-baru ini, SPAD telah melancarkan Kempen Kesedaran dan Pematuhan SPAD ICOP - Keselamatan untuk pengendali bas dan kenderaan barangan dan ia adalah merupakan sebahagian daripada garis panduan yang terkandung dalam SPAD iCOP.

Pemilik Sani Ekpres (kiri) bersama-sama Tan Sri Hamid dan En Nur Ismal

Pemilik Century Trucks Sdn Bhd (kanan) bersama-sama Tan Sri Syed Hamid

Tujuan kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pematuhan terhadap had laju kenderaan 90 km/j sebagai syarat lesen pengendali yang telah ditetapkan kepada bas dan kenderaan barangan. 

SPAD iCOP telah dilancarkan pada Disember 2012 dan hanya 10% pengusaha di mana seramai 3,000 pemandu yang telah dilatih. Latihan ini bukan sahaja meliputi pemandu-pemandu bas tetapi telah menarik kesedaran Persatuan Pemandu Truck di mana mereka akan menubuhkan Truckers Club untuk melatih pemandu-pemandu kontena.

Selaras dengan tujuan latihan SPAD iCOP ini, SPAD melihat pemandu yang tidak dilatih untuk berdisplin dan memikirkan keselamatan sebagai unsur atau elemen terpenting, tidak akan membantu menambahbaik sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Di bawah program SPAD-ICOP, tindakan tegas yang akan diambil ke atas pengendali yang tidak mematahui had laju di mana kesalahan pertama akan diberi surat amaran, kesalahan kedua akan dikenakan satu bulan penggantungan permit kenderaan dan kesalahan ketiga pula akan dikenakan tiga bulan penggantungan permit kenderaan dan kesalahan keempat, SPAD akan membatalkan terus permit kenderaan.

Menurut En Mohd Nur Ismal - CEO SPAD, kempen ini adalah satu permulaan untuk memberi kesedaran agar pengusaha-pengusaha maklum akan peraturan yang telah ditetapkan. Mengambil contoh penggunaan GPS, sekiranya ada GPS tetapi tiada pemantauan maka ia tidak akan memberi sebarang kesan. Oleh itu, setiap syarikat perlu ada pegawai keselamatan, mesyuarat keselamatan pada setiap bulan dan ini merupakan sebahagian dari keperluan untuk memenuhi SPAD iCOP.

Adalah menjadi harapan agar melalui kempen had laju 90km/jam ini dijadikan agenda keselamatan sebagai keutamaan nombor satu setiap pengendali pengangkutan awam darat.

Di samping itu ia juga diharap dapat menerapkan nilai-nilai moral untuk membantu mengatasi masalah dan kelemahan amalan keselamatan bagi pengendali pengangkutan awam darat dan menjadikan amalan keselamatan sebagai budaya dan norma industri pengangkutan awam dan seterusnya dapat mengurangkan kecederaan dan kematian yang melibatkan pengguna dan pekerja pengangkutan awam.

No comments:

Post a Comment