Tuesday, October 08, 2013

Kagumi keBENARannya... Calon MT No. 36


Dato Azalina bakal cabar Ketua Wanita UMNO.... 

Dato Azalina berhasrat untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO...

Ini merupakan satu berita yang memang menggemparkan politik tanahair terutamanya UMNO. Berita ini bukan sekadar menjadi bualan ahli-ahli UMNO tetapi turut mendapat perhatian di pihak pembangkang.

Ramai yang membuat andaian bahawa kerjaya politik Dato Aza bakal menjadi sejarah politik di bawah pentadbiran Dato Najib, namun apabila beliau mengumumkan hasrat untuk mencabar Dato Shahrizat, aura kepimpinannya telah kembali .

Ini bukan sekadar menjadi topik bualan malahan telah menjadi satu harapan baru kepada ahli-ahli Puteri UMNO yang telah matang usianya dan ada kedengaran di akar umbi terutama di kalangan generasi muda dan profesional, berita sedemikian bagaikan menyubur serta mewarnai pentas politik UMNO ketika ahli akar umbi sedang dahagakan perubahan dan barisan kepimpinan yang BIJAK... BERANI... BENAR...

Di pihak pembangkang pula, tawaran Dato Aza dilihat sebagai satu tamparan kerana melihatkan kepimpinan beliau ketika meneraju Puteri UMNO, seorang Ahli Parlimen yang berani dan petah berbahas dan seorang ahli politik yang ... NO COMPROMISE FOR NONSENSE.

Mengapa Dato Azalina menawarkan dirinya untuk merebut jawatan Ketua Wanita UMNO?

Pertama yang terfikir oleh Dato Aza ialah menyahut seruan Presiden Parti agar UMNO perlukan transformasi. Beliau ingin membawa dimensi baru dan anjakan paradigma kepada Wanita UMNO dan bukan hasrat beliau  untuk mewujudkan revolusi tetapi evolusi dalam menawarkan diri sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia. 

Beliau mahu membawa Wanita UMNO ke tahap parti politik yang dapat memimpin hala tuju wanita di Malaysia dan bukan sekadar menjadi penyokong paling setia.

KeBENARan hasrat Dato Aza telah disalaherti oleh beberapa pihak apabila wataknya yang agak agresif sukar untuk menyesuaikan diri dalam Wanita UMNO yang berlatar belakangkan kaum ibu dipersoalkan. Persoalan yang perlu ditanya bukan perwatakannya dalam Wanita UMNO tetapi perwatakan Wanita UMNO dalam masyarakat dan apakah perjuangan Wanita UMNO masih relevan untuk rakyat.

Walaubagaimanapun, demi mengutamakan  perpaduan, keutuhan dan keunggulan parti untuk persediaan PRU14, Dato Aza telah berlapang dada untuk menerima nasihat dari pelbagai pihak untuk tidak meneruskan merebut jawatan Ketua Wanita UMNO.

"Jika menjelang hari pendaftaran calon ada arahan supaya saya menarik diri, maka saya akan akur kerana selama menjadi ahli UMNO saya tidak pernah meletakkan diri lebih tinggi daripada parti," kata Azalina sambil menegaskan tidak sanggup melihat UMNO berpecah (kesan daripada pertandingan)

Dato Aza memang terkenal sebagai seorang yang setia kepada kepimpinan serta sayang kepada UMNO. Ini dapat dibuktikan walaupun pernah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pelancongan tetapi tidak diberi tempat di dalam kabinet Dato Seri Najib, segala isu rakyat di Parlimen Pengerang ditangani dengan baik sekali walaupun kelihatan berseorangan.

Dengan kredibiliti dan track recod Dato Azalina sebagai Ahli Parlimen selama 3 penggal dan Menteri Kabinet serta Ketua Pergerakan Puteri UMNO,  kini beliau menawarkan dirinya sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula agar aspirasi beliau untuk membawa suara wanita dan anak muda dapat diteruskan serta kepentingan dan hak orang Melayu dipertahankan.

UMNO ialah sebuah parti yang berasaskan prinsip demokrasi dan yang penting ialah meletakkan agenda perjuangan parti melebihi kepentingan peribadi adalah falsafah keBENARan Dato Azalina yang perlu dicontohi.

No comments:

Post a Comment