Monday, October 07, 2013

Jangan disia2kan keBERANIannya...


Politik di Malaysia amnya dan UMNO khususnya, samada kita sedar atau tidak adalah merupakan dunia yang dimonopoli kaum lelaki. Samada di pihak pemerintah atau pembangkang, kaum adam sentiasa diperlihat sebagai hero dalam menangani sesuatu isu itu.

Namun, mengambil pendekatan menjadikan “Bijak Berani Benar” sebagai falsafah kepimpinan, Dato Azalina telah berjaya meletakkan kepimpinan seorang wanita yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di kalangan ahli-ahli politik.

Gender bukan isu untuk seseorang pemimpin menangani isu-isu rakyat dengan bijak, berani dan benar....

Hijau menguning padi di sawah
Tunduk berisi bagai nak rebah
Pendirian kukuh tidak goyah
Menghadap PEMBANGKANG tidak gelabah

Kita masih terpaku dengan keberanian Dato Azalina berhujah di Dewan Parlimen pada persidangan yang lalu apabila pihak pembangkang cuba mencelah dengan kata-kata yang ingin memutarbelitkan fakta. Keberanian Dato Azalina berhadapan dengan pihak pembangkang walaupun berseorangan telah membuktikan wanita juga mampu berhujah dengan baik.

Keberanian Dato Azalina bukan sekadar berhujah di dewan parlimen yang memberi imuniti kepada ahli-ahlinya, tetapi keberaniannya juga dibawa ke luar apabila pihak pembangkang dicabar untuk berdebat tetapi pihak pembangkang tidak berani menyahut cabarannya.

Trend politik hari ini adalah politik berhujah dan berdebat. Mencerna fakta dan menghuraikannya adalah keutamaan bagi seseorang pemimpin untuk menepis segala tohmahan dan fitnah pihak lawan. Penerangan demi penerangan kepada rakyat pula diteruskan.

Baru-baru ini, apabila ditanya oleh pihak wartawan kepada Lim Guan Eng, setiausaha Agong DAP terhadap pilihannya antara Dato Shahrizat dan Dato Azalina, dengan pantas beliau tidak akan memilih Dato Azalina sekiranya pertandingan perebutan Ketua Wanita UMNO berlaku.

Kita semua maklum apa mesej sebenar Guan Eng yang tersirat. Bagi pihak yang sangat-sangat memusuhi dan membenci UMNO, pemimpin yang berani sememangnya tidak dikehendaki dan digemari mereka. Pemimpin yang berani berhujah dengan mereka adalah satu mimpi ngeri yang mampu melemahkan kredibiliti parti mereka.

UMNO adalah parti politik orang Melayu, kita perlu pemimpin yang secara terbuka dan berani memperkata dan memperjuangkan hak kepentingan orang Melayu, kita tidak boleh ada pemimpin yang apologetik. 

Jika inginkan seorang pemimpin berani menyuara dan mempertahan hak rakyatnya, maka inilah yang ada pada Dato Azalina. 
Tiba masanya, UMNO memiliki pemimpin-pemimpin yang digeruni pembangkang dan disenangi rakyat...


No comments:

Post a Comment