Monday, October 28, 2013

BANTAHAN TERHADAP SPAD DI AMANJAYA... THE STAR JANGAN JADI BATU API

Di dalam ketegasan SPAD melakasanakan tanggungjawab penguatkuasaan dan pengawasan terhadap operator-operator bas dan teksi yang engkar, tiba-tiba ada hero yang mengaku salah seorang operator bas telah dilaporkan mengetuai bantahan di Terminal Bas Amanjaya, Ipoh baru-baru ini.



Beliau telah mendakwa mewakili 50 pengusaha bas dan mendesak SPAD supaya memaksa pengusaha-pengusaha bas lain berpindah ke Amanjaya dan sekiranya gagal mereka akan membuat bantahan terhadap kerajaan negeri dan seterusnya ke Putrajaya.

Ada beberapa isu yang ingin disentuh di sini...

Pertama, siapa Mohd Faizal bin Mustafa?

Mengikut database SPAD, beliau bukan dalam senarai pemilik atau pengarah syarikat bas yang berdaftar dengan pihak SPAD. 

Sekarang dengan jelas menunjukkan Mohd Faizal bin Mustafa yang telah mengaku sebagai seorang operator bas telah berbohong dan ini telah menimbulkan keraguan ke atas motif sebenar beliau yang mendakwa mewakili 50 pengusaha bas mengadakan bantahan terhadap SPAD.

Jika Mohd Faizal terbukti tidak berdaftar dengan SPAD, maka apakah bantahan itu bertujuan baik atau sekadar beliau dijadikan kambing hitam oleh pihak tertentu?
 

DATABASE SPAD

Kedua, apabila Mohd Faizal bin Mustafa yang mengetuai bantahan ini, didapati berbohong tetapi telah mendapat liputan meluas dari beberapa pihak akhbar seperti TheStar. 

Saya ingin menegur etika kewartawanan TheStar ... adakah TheStar telah mendapat pengesahan dari pihak SPAD mengenai kesahihan berita dan jurucakap bantahan tersebut? Sebenarnya, The Star telah melaporkan mengenai isu di Terminal Bas Amanjaya semenjak April 2013 dan yang jelas Mohd Faizal bin Mustafa adalah sumber maklumat mereka.

Isu operator bas yang enggan beroperasi di Terminal Bas Amanjaya dilanjutkan The Star di dalam ruangan  "Community" dan Mohd Faizal sekali lagi adalah sumber maklumat mereka.

Maka kita fikirkanlah... Nampaknya bantahan terhadap SPAD ini sengaja diada-adakan dan mempunyai motif yang tertentu yang nampaknya sangat-sangat diragui.

Ketiga, bantahan ini tidak berhenti di situ sahaja, malahan pihak SPAD telah mendapat email yang mengguna surat rasmi dari Majlis Bandaraya Ipoh telah ditujukan kepada CEO SPAD, kakitangan SPAD menerusi email peribadi mereka dan beberapa individu yang berkepentingan.

Malahan surat berkenaan tidak dihantar secara rasmi ke pihak SPAD dan kini SPAD sedang menyiasat samada surat berkenaan adalah benar-benar dari pihak Majlis Bandaraya Ipoh.

Satu lagi cubaan memburukkan pengurusan SPAD oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Setiap yang baru pasti akan ada kelemahannya dan ruang untuk perbaiki kelemahan pasti ada cara dan salurannya.

ALASAN DARI PIHAK YANG MEMBANTAH BAHAWA SPAD TIDAK MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN ADALAH SANGAT SALAH....

Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak SPAD;

Whilst S.P.A.D. is cognisant of the need to ensure regular surveillance and enforcement towards errant operators, due to S.P.A.D.’s limited enforcement personnel, S.P.A.D. will have to currently place higher priority on offences which endanger people’s lives, such as overloading of lorries, and the transformation of taxi services to meet the rakyat's needs. The deployment of its personnel to manage the challenges arising from Terminal Amanjaya would instead be carried out as and when its capacity permits.

In the meantime, S.P.A.D. will be working closely with the Perak state government and Majlis Bandaraya Ipoh to find a solution to the current issues and numerous complaints received from the public concerning stage bus connectivity between various parts of Ipoh city to the new terminal. The public has also complained about the high cost of kereta sewa to ferry passengers from Terminal Amanjaya to the Ipoh city centre, which sometimes costs more than an express bus ticket from Kuala Lumpur to Ipoh. 

 

1 comment:

  1. siapa faizal itu bukan menjadi persoalan ..malah klw bukan faizal sekalipun..kita sebagai sebuah negara yg berpelembagaan dan mengunakan sistem demokrasi ..setiap individu itu mempunyai hak utk bersuara...
    Balik kepada isu td..siapa FAIZAL itu bukan mnjadi persoalan..tetapi mengapa masih ada sesetengah pengusaha bas masih tidak mahu berpindahh???sedangkan kalaw kita lihat kembali isi kandungan yg sudahpun termaktub dalamm perjanjian AMANJAYA..selepas semua pengusaha bas di medan gopeng berpindah(melayu)..maka semua premis2 dan penguasaha yg lain di luar dr medan gopeng juga sepatutnya berpindah(CINA)..tetapi..knape kerajaan gagal utk berbuat demikian??mungkin jugaada musuh dlm selimut dlm kerajaan negeri..sampaikan isu mudah sperti ini kita(melyu)masih tk nmpak??..mungkin ada yg dah diberi KOMISEN yg byk utk menutup semua ini..dan bagaimana pula dengan duit pampasan yg dijanjikan kerajaan negeri utk diberi kpd pengusaha selepas mereka berpindah??...bagaimana dgn pengurusan yg ada di TAJ=terminal amanjaya???cbsb=combines bus services sdn bhd ..siapakah pengarah??pengarahnyanya rosilawati mohd..siapah dia??isteri kpd dato aminuddin md esa??ketua eksekutif pembangunan .kemajuan negeri perak...cukup setakat ini...tepuk dada tanya selera :)

    ReplyDelete