Sunday, September 15, 2013

CADANGAN KENAIKAN TAMBANG SPAD KEPADA INDUSTRI PENGANGKUTAN AWAM


Kesan kepada kenaikan harga petrol dan diesel berhubung dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak keatas kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen tidak dapat mempertahankan tambang yang ada sekarang dan sudah pasti ia akan membawa impak ke atas industri.

Walaubagaimanapun, sebagai Suruhanjaya yang bertanggungjawab terhadap industri pengangkutan awam telah menasihatkan operator industri terutamanya pengusaha bas dan teksi tidak mengambil tindakan serta merta tanpa mendapat kebenaran dan kata putus dari SPAD.

Pihak SPAD akan mempercepatkan penilaian permohonan kenaikan tambang yang dikemukakan oleh persatuan-persatuan industri, tetapi  dengan kenaikan harga petrol dan diesel ini, SPAD mempunyai alasan kukuh untuk menimbangkan rasional menaikkan tambang sebeberapa segera.

BAS

Tiada kenaikan tambang untuk perkhidmatan bas ekspres buat masa ini, Walau bagaimanapun, pengusaha bas ekpress dibenarkan mengenakan caj tambahan 10 peratus sehingga tambang baharu diumumkan di mana sebelum ini caj tambahan dibenarkan sempena musim perayaan Aidilfitri.

Keputusan diambil selepas pihak SPAD meneliti komponen kos operasi seperti bahan api, upah dan kos penyelenggaraan yang akan meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan api. SPAD juga kini di peringkat akhir kajian kadar tambang bas ekspres, dan akan memastikan tambang baru yang bakal diumumkan tidak membebankan rakyat dan pengusaha.

TEKSI

Pada bulan Julai 2013, Perdana Menteri telah bersetuju agar SPAD mengkaji semula kadar tambang teksi dalam usaha mempertingkat taraf hidup pemandu teksi dan menambah baik mutu perkhidmatan teksi.

Namun dengan kenaikan diesel baru-baru ini, pihak SPAD telah mengenalpasti akan kesan kenaikan terhadap komponen kos operasi seperti bahan api, upah, kos penyelengaraan dan insurans. SPAD memberi jaminan bahawa akan memastikan hasil kajian tidak membebankan rakyat atau pengendali pengangkutan awam.

Keputusan untuk menaikkan kadar tambang hanya boleh dibuat selepas SPAD selesai mengkaji kadar tambang tersebut secara menyeluruh dan holistik untuk kerajaan membuat keputusan yang sewajarnya dan dapat membentangkannya kepada kerajaan menjelang akhir tahun.

REL

SPAD juga sedang mengkaji semula harga tambang pengangkutan rel yang membabitkan KTM Berhad dan Prasarana. Penggendali Rel juga telah mengemukakan permohonan untuk menaikkan harga tambang mereka di mana  permohonan operator Rel  ini telah di ajukan kepada SPAD lebih awal sebelum kenaikan harga minyak baru baru ini lagi.

Tiada jangka waktu dan tempoh masa diberikan, namun impak yang bakal datang bersama kenaikan sebelum SPAD membuat sokongan kepada permohonan operator Rel KTM Berhad bersama sama Prsarana Negara Bhd.

LORI

Baru-baru ini Pan Malaysian Lorry Owners Association’s (PMLOA) telah mengumumkan kenaikan caj pengangkutan sebanyak 15% dengan alasan untuk mengurangkan beban dan kos operasi pengusaha-pengusaha lori.

Walaubagaimanapun, pihak SPAD mengingatkan PMLOA bahawa kenaikan harga tersebut di mana ia adalah hasil daripada perjanjian untuk menetap harga oleh persatuan, maka perlakuan tersebut dianggap pelanggaran Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.

Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 melarang perusahaan, termasuk persatuan, dari menetapkan, secara langsung atau secara tidak langsung suatu harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan yang lain untuk barang-barang dan perkhidmatan.

Akta Persaingan 2010 telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012 dan persatuan serta perusahaan perniagaan perlu mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. Pihak Suruhanjaya boleh mengenakan penalti tidak melebihi 10% pendapatan sedunia perusahaan tersebut sepanjang tempoh pelanggaran Akta ataupun mengenakan mana-mana arahan lain dianggap sesuai untuk memastikan Akta Persaingan 2010 dipatuhi oleh persatuan dan perusahaan perniagaan pada masa akan datang.

Selanjutnya DI SINI ...

Beberapa persatuan pengguna telah menyatakan tidak puas hati mereka dan di antaranya ialah Fomca, Muham­mad Sha’ani Abdullah selaku Setiausah Agung berpendapat pengusaha-pengusaha lori tidak sepatutnya membuat keputusan unilateral dan menaikkan caj sehingga membebankan industri-industri lain.

Datuk Tay Sim Kim, Presiden Persatuan Peruncit Malaysia berkata peningkatan tinggi caj pengangkutan akan memaksa kenaikan harga barang  tetapi sekiranya peningkatan caj adalah minima, kenaikan harga runcit masih boleh dikawal.

Selanjutnya DI SINI ...

Walaupun harga minyak dan diesel telah meningkat 20 sen, rakyat Malaysia harap dapat contohi pemandu teksi dan kereta sewa di Kuala Kangsar DI SINI .... yang telah berikrar mengekalkan kadar lama yang dikenakan ke atas pengguna kerana mendaulatkan undang-undang negara dan patuh kepada arahan penguatkuasa...

SYABAS KEPADA MEREKA!

1 comment:

  1. Spad tidak harus melayan permintaan Prasarana pengendali rapid rail dan rapid bus untuk menaikan harga tambang .Apa yang SPAD harus lakukan kemukakan cadangan penurunan tarif pengunaan letrik untuk pengangkutan rail.Ini kerana Prasarana dan KTM adalah GLC/GOC/GLIC.
    SPAD harus sedar pembangunan rail tidak kiralah diPrasarana atau KTM masih ditanggung oleh pihak kerajaan .Kenapa harus naikan kadar tambang?Bagai mana hasrat kerajaan untuk melihat rayaat selesa dan selamat mengunakan perhidmatan pengangkutan awam darat dgn harga yang rendah .
    Nampaknya Prasarana ber5sikap tamak dan nak menunjuk menjana keuntungan dengan menaikan tambang perhidmatan .Sedangkan keuntungan itu boleh dibuat dan diperolehi melaluai meningkatkanmutu perhidmatan serta mengawal perbelanjaan dan jangan membazir didalam perbelanjaan yg tidak mustahak.
    Kami membantah kenaikan harga tambang bagi KTM dan Prasarana.

    ReplyDelete