Monday, September 30, 2013

#36 : POLITIK BIJAK... BERANI... BENAR...

Menjinakkan parti pembangkang pada senario politik hari ini bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh malahan ia hampir mustahil. Sebagai rakyat yang pada hari ini mampu mendapat maklumat hanya di hujung jari, kadang kala berasa lemas dan gerun dengan serangan-serangan pembangkang terhadap UMNO terutamanya.
 
Namun berbekalkan iltizam dan corak kepimpinan berpolitik secara bijak, berani dan benar, Dato Azalina melihat semua ini adalah intipati sebagai seorang ahli politik dan ia hanya mampu dilakukan jika seseorang ahli politik itu mempunyai semangat seperti kata-kata tersebut - Politics is the art of the possible.

Gayanya yang sentiasa bertenaga, kejujurannya dalam berbicara dengan ide-ide yang bernas, seorang yang bijak, berani dan lantang berhadapan pembangkang adalah ciri-ciri yang ada pada Dato Azalina Syed Ohtman. Pada hari ini beliau telah diberi pengiktirafan ke satu tahap ke hadapan apabila beliau telah dilantik mengetuai Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen Malaysia bagi penggal ke-13.

 
"Matlamat saya adalah lebih kepada mewujudkan persefahaman di antara semua wakil rakyat tidak kira Barisan Nasional (BN) ataupun pembangkang, agar isu-isu yang menyentuh tentang wanita dapat dibahas serta ditangani sebaik mungkin.," katanya.

Kaukus itu diwujudkan pada 2008 dan dianggotai semua anggota parlimen wanita bagi memperjuangkan pelbagai isu berkaitan wanita selain memperkasakan lagi wanita di negara ini yang merupakan tunjang utama dalam pembangunan negara.

Pada penggal ke-13 kali ini, kaukus itu dianggotai 23 anggota parlimen wanita dari pihak BN mahupun Pakatan Pembangkang dan mereka adalah;

MP Barisan Nasional
1. Dato Azalina Syed Othman - Pengerusi
2. Datuk Halimah Mohamad Sadique
3. Dato Noraini Ahmad
4. Datuk Rohani Abdul Karim
5. Datuk Noriah Kasnon
6. Dato Rosnah Abdul Rashid Shirlin
7. Datuk Azizah Mohamad Dun
8. YB Datin Linda Tsen Thau Lin
9. Pn Rubiah Hj Wang
10. Nancy Shukri
11. Datuk Mary Yap Ken Jin
12. Puan Mas Ermieyati Samsudin
13. Normala binti Abdul Samad
14. Norah binti Abdul Rahman

MP Pakatan Pembangkang - 3 adalah daripada PKR (3), PAS (2) dan DAP (4).
1. Fuziah Salleh (PKR) - Timbalan Pengerusi
2. Nurul Izzah Anwar (PKR)
3. Zuraida Kamaruddin (PKR)
4. Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS)
5. Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)
6. Teresa Kok (DAP)
7. Alice Lau (DAP)
8. Teo Nie Ching (DAP)
9. P Kasthuriraani (DAP)

Dato Azalin ketika memberi pendapatnya yang bertajuk " On being a woman politician and fighting for women's rights". Di antara kata-katanya;


" I BELIEVE NOT IN NUMBERS BUT I BELIEVE IN THE PERFORMANCE OF WOMEN AND THE RESPECT FOR WOMEN IN THE POSITION OF THE EMPOWERMENT AND POWER"

"ISSUES ON WOMEN'S PERSONALITY ITSELF... YOUNG GIRLS ABILITY TO PARTICIPATE IN SPORTS, A YOUNG GIRL ABILITY TO HAVE THE RIGHT TO PLAY, A YOUNG GIRL'S SAFETY..."

"OVERALL THE BIGGEST DIFFICULTY IS... TO RAISE ISSUES AND BEING CONVINCED ON WHAT YOU SAY..."

Penyertaan wanita di bidang politik masih rendah
Perwakilan wanita-wanita dalam politik adalah merupakan salah satu petunjuk yang membuktikan komitmen masyarakat di dalam memperkasakan wanita. Penglibatan wanita-wanita di dalam proses-proses membuat keputusan yang berdasarkan politik boleh membantu memastikan penghapusan ketidaksamaan yang dihadapi oleh wanita-wanita.

Semenjak merdeka, bilangan calon wanita yang telah dipilih untuk memasuki badan-badan pembuat keputusan politik di Malaysia semakin bertambah, tetapi hanya pada kadar yang sederhana dan masih berada di tahap yang rendah. Pada tahun 1990, hanya 5 peratus ahli-ahli parlimen terdiri daripada wanita. Bilangan ini telah berganda sebanyak 10 peratus pada tahun 1999 tetapi ia telah kekal di tahap tersebut walaupun selepas pilihanraya umum pada tahun 2004.

Dengan pendidikan di peringkat yang tinggi, yang seringkali melepasi lelaki, adalah diharapkan wanita-wanita dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya di setiap peringkat politik.

Pada masa lalu wanita telah diambil ringan dengan hanya mengikuti pandangan politik suami, abang-abang atau rakan lelaki mereka, tetapi wanita profesional kini mampu mempunyai fikiran mereka sendiri mula mempersoalkan dan menilai setiap apa yang berlaku terutama perjalanan politik hari ini.

Apakah Wanita UMNO telah berubah sesuai dengan tuntutan semasa ini?

Kata-kata Tun Mahathir;

"Saya masih ingat tentangan oleh Wanita apabila cadangan untuk menubuhkan Puteri dibincangkan dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Wanita berpendapat Puteri tidak perlu kerana mana-mana wanita boleh menyertai Wanita UMNO. Tetapi ramai yang berminat untuk menyertai UMNO tidak senang untuk menyertai Wanita UMNO, menyertai kumpulan yang jauh lebih tua daripada mereka dengan kepimpinan yang tidak berubah tahun demi tahun.

Mereka berpendapat mereka tidak akan berpeluang menyuarakan pendapat mereka, jauh sekali daripada menjadi pemimpin. Mereka perlu berada dalam Wanita bertahun-tahun sebelum dapat memain peranan yang bermakna.

MT membuat keputusan untuk menubuhkan Puteri dan ramailah yang berminat daripada generasi muda yang menyertai Puteri dan menyumbang kepada kecergasan UMNO."

Mengambil kira rekod dan tradisi dalam Wanita UMNO, sejak dahulu lagi hanya pemimpin wanita yang telah terbukti sumbangan dan perjuangannya dalam parti akan diangkat sebagai ketua.

Jika menyusur perjuangan dan pencapaian Azalina di dalam politik, apakah Azalina menepati kata-kata Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO dapat berbangga dengan seorang ahli politik seperti Dato Azalina yang telah berjaya menawan dan seterusnya menjinakkan ahli-ahli parlimen wanita dan inilah yang dikatakan politik bijak, berani dan benar...


1 comment:

  1. Salam.. Mintak jasa baik utuk masukkan blog saya ke senarai blog list Tuan... Utk makluman, blog hebat Tuan telah pun sya masukkn ke dlm blog lis saya..
    TQVM.

    ReplyDelete