Friday, August 16, 2013

TUANKU SULTAN JOHOR... TINDAKANNYA BIJAK ATAU SEKADAR TITAH?



Adakah tindakan DYMM Sultan Johor mengarahkan agar 'Surau Tokong' tersebut dirobohkan adalah suatu tindakan yang bijak dan mengikut syariat Jawapannya 'YA'

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga pernah mengutus Mâlik bin Dukhsyum saudara Bani Salim dan Ma’an bin Adi ke masjid Dhirar untuk menghancur dan membakarnya. Jadi tindakn DYMM Sultan Johor adalah sesuatu yang syarie dan mengikut sunnah. 

Begitulah juga dengan isu 'Surau Tokong' yang hangat diperkatakan. Menurut aduan yang diterima pengurus resort telah berulang kali membenarkan 'Surau Tokong' tersebut dicemari dengan pelbagai kesyirikan. Dan syirik pula adalah perkara yang paling dibenci Allah. Tiada keampunan bagi pelaku dan sesiapa yang bersengkongkol dengan kesyirikan melainkan taubat nasuha.

Jangan orang Islam terkejut dan terpinga-pinga dengan titah DYMM Sultan Johor untuk merobohkan 'Surau Tokong' tersebut dan termakan dengan kenyataan ideologi liberal sesetengah pihak kerana titah baginda mengikut syariat dan sunnah baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Dan, janganlah baginda tuanku Sultan Johor bersedih hati dengan kenyataan bodoh dari sesetengah ilmuan (kononnya) tindakan tuanku menyerupai 'Taliban'. Secara tidak sedar, sebenarnya mereka memperlekehkan tindakan Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang merobohkan Masjid Dhirar. Alangkah bodohnya umat Islam yang berfikiran sedemikian.

Bacaan lanjut mengenai Masjid Dhirar ... DI SINI


No comments:

Post a Comment