Wednesday, July 17, 2013

SPAD : PROJEK KERETAPI LAJU KL - SINGAPURA ... JAWAPAN MENTERI




SIDANG DEWAN RAKYAT KE13/PENGGAL PERTAMA pada  Selasa 9 Julai 2013; 
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status pembinaan kereta api berkelajuan tinggi (high speed train) di antara Singapura dan Malaysia. Apakah landasan kereta api tersebut akan melalui ke semua bandar besar di Semenanjung Malaysia dan apakah projek ini akan diberikan melalui tender terbuka.

Sebelum Menteri menjawab, saya nak ulas sedikit pengetahun MP Seputeh ini berkenaan soalan yang dikemukakan. Jelas, Teresa Kok tidak tahu apa yang dipersoalkan. Inilah perangai pembangkang cauvanis yang hanya tahu menyoal dan membangkang tanpa membuat homework sedikit pun. Inilah akibatnya apabila laporan akhbar-akhbar perdana tidak dipedulikan dan dituduh hanya membuat laporan pro-kerajaan dan bertindak perkauman.

Jika Teresa Kok tidak membaca laporan Utusan Malaysia ataupun NST, sekurang-kurangnya jengoklah Malaysia Insider atau Malaysia Kini yang seluas-luasnya melaporkan perkembangan High Speed Train.

Oleh kerana Teresa Kok (konon mendapat undi paling popular PRU13) malas membuat homeworknya, ingin disuap ke mulut MP DAP ni perkembangan High Speed Rail (HSR), bermula dengan kronologi di SINI

YB Teresa, ini apa yang dilaporkan BH pada 18 Februari 2011; "Kajian berkenaan akan dikendalikan secara bersama oleh SPAD dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), akan menentukan daya maju hubungan rel sedemikian. 

Pada 19 April 2012 SURUHANJAYA Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyelesaikan kajian berdaya maju fasa 1A membabitkan rancangan menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura menerusi sistem kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dan akan memulakan kajian bagi fasa 1B, tidak lama lagi.

Kajian bagi fasa 1B membabitkan impak ekonomi jika HSR diwujudkan, manakala fasa 1B pula akan menumpukan kajian jajaran laluan dan lokasi. Apabila kajian fasa 1B ini selesai, kajian berdaya maju akan dimula yang membabitkan soal kos pembinaan. Jika dilaksanakan, HSR tidak akan menggunakan rel sedia ada, sebaliknya laluan baru.

Seterusnya, jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Puan Hajah Nancy binti Shukri]: Terima kasih,Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan yang menanyakan soalan dari Seputeh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini projek kereta api berkelajuan tinggi ini masih di peringkat kajian daya maju iaitu feasibilities study.
 
Sukacita kita maklumkan bahawa kajian ini merangkumi penilaian terperinci aspek-aspek teknikal dan kejuruteraan. Kos, kewangan dan operasi serta manfaat sosio-ekonomi yang telah pun selesai dijalankan dan kini berada di fasa akhir penyediaan laporannya. Jadi kita
jangkakan laporan ini muktamad pada penghujung bulanJulai ini. Secara umum koridor yang dikenal pasti untuk projek ini akan melalui semua negeri diantara Kuala Lumpur dan Singapura iaitu Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor



Ini pula jaminan Menteri berkenaan tender terbuka projek ini;
Akhirnya berhubung dengan pemilihan tender bagi projek ini kelak, saya percaya kerajaan akan menimbangkan mekanisme terbaik mengikut prosedur, tatacara dan garis panduan pembelian kerajaan yang sedia ada, sebab itu adalah portfolio di bawah MOF.


Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hairan Menteri Pengangkutan tidak jawab soalan ini....

Jawapan Menteri : Sebenarnya dijalankan oleh SPAD dan mengapa Menteri Pengangkutan tidak menjawab? Sebab ini adalah satu projek yang di initiate kan oleh PEMANDU di bawah program Economic TransformationProgramme. Jadi sebab itu ia di bawah Perdana Menteri, yang mana di dalam detail yang ditanyatadi, yang terperinci, memang sudah di dalam kajian kita. 

Memang terbukti Teresa Kok ni sebenarnya tak tau apa yg disoalkan dan seorang MP yang pemalas untuk membuat kajian. YB, kalau ada handphone yang mahal... Google Search projek ini dan tak perlu buat soalan provokasi murahan kenapa Menteri Pengangkutan tidak menjawab! Oooopppss... Google Search sajalah, Teresa Kok Pemalas.... 

Apa yang Teresa Kok merapu lagi di dalam Dewan;
...kita tahu negara kita sudah belanja RM20 bilion untuk membuat landasan berkembar. Jadi saya rasa apa yang dijawab oleh Menteri tadi seolah-olah tidak ada jawapan dan kita tahu high speed train ini telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri sejak tahun 2010.

Ini jawapan Menteri seterusnya;
Puan Hajah Nancy binti Shukri: Terima kasih, kalau kata tidak ada jawapan, saya tidak berdiri menjawab tadi kan? Itu soalan yang dijawab tadi. Tapi soalan seterusnya mengenai dengan izin, sharing of the track itu, itu kita cuba meminimumkan sebanyak-banyaknya. Kita mengongsi, kalau kita ada di sini, ini adalah projek yang kita kongsikan daripada segi treknya, kita cuba meminimumkan kos. Ada yang kita gunakan yang rapid transport system itu, yang mana kita sharing dengan route nya itu. Itu dalam peringkat kajian lagi.
 
Teresa Kok: Jadi bolehkan Yang Berhormat Menteri memberi sedikit maklumat yang lebih terperinci daripada apa yang diberi tadi?
 
Kita tidak dapat mengeluarkan semua cerita yang telah dinyatakan dalam kajian kerana kita perlu persetujuan dari Singapura juga sebab ini adalah projek bukan hanya dijalankan oleh Malaysia. Ini satu projek kerjasama dengan Kerajaan Singapura. Jadi, apa yang terperinci mengenai railway dia, sama ada kita mampu atau tidak mampu, itu bergantung lagi pada persetujuan Singapura nanti. Kita akan bertanggungjawab kepada bahagian yang mana kita yangbertanggungjawab, di bahagian negara kita sendiri. Terima kasih

Jawapan Menteri jelas tak? Mungkin tidak untuk Teresa kerana Menteri menjawab di dalam bahasa Malaysia dan bukan Mandarin atau Kantonese!

P/S : Kesemua soalan dan jawapan boleh didapati di dalam Hansard Parlimen

Sekiranya Teresa agak malas mencari maklumat lanjut, boleh saja ke laman web SPAD atau PEMANDU dan juga;

1. Malaysia finalising details on proposed high-speed rail between KL & S’pore - TodayOnline, Singapore

2. High-speed rail tender may start year-end - Business Times


 
 

No comments:

Post a Comment