Wednesday, July 17, 2013

KES NG MUN TATT : SATU AMARAN !!!



Setelah PAS bersekongkol dengan DAP, kedudukan Melayu dan Islam di Malaysia semakin lemah.  Walaupun kerajaan masih lagi diterajui UMNO, perpecahan Melayu menyebabkan UMNO juga seolah-olah tidak begitu mampu menahan asakan perpaduan kaum Cina. 

Ditambah pula dengan sikap pemimpin yang ‘segan’ untuk membela Melayu kerana bimbang dituduh rasis sedangkan kaum Cina pula langsung tidak segan untuk mendesak dan menuntut apa saja atas dasar rasis. 

Bermula dari Namewee yang biadap tetapi akhirnya dijulang sebagai ikon oleh kerajaan, orang-orang Melayu terus memendam kemarahan.  Walaubagaimanapun, orang Melayu tetap memberi sokongan kepada UMNO dalam PRU-13 yang lalu kerana bimbang keadaan yang lebih teruk menimpa Melayu di tangan pembangkang. 

Nazri Aziz gagal sekat biadap Namewee

Bertitik-tolak dari Namewee, semakin ramai kaum Cina yang secara terbuka menghina Islam dan Sultan-sultan di laman-laman sosial mereka.  Namun, apa yang berlaku ialah, hari ini mereka dilaporkan, esok mereka disoal-siasat, dan lusa mereka lepas bebas.  

Kitaran ini berulang-ulang menjadikan mereka semakin hari semakin melampau dan benar-benar percaya yang undang-undang tidak mampu mengapa-apakan mereka.   Kemarahan yang diluahkan oleh rakyat terhadap mereka di laman-laman sosial menjadikan mereka bertambah teruja. 

Sememangnya, itulah matlamat mereka iaitu membuat orang-orang Melayu/Islam marah. 

Dalam keterujaan, mereka menjadi semakin lupa diri maka terjadilah kes mengajak orang Islam berbuka puasa dengan Bak Kut Teh.  

Alvin dan Vivian - Ini adalah disengajakan

Namun, orang-orang Melayu sudah tidak lagi mengharapkan apa-apa dari kerajaan untuk membela Islam dan mempertahankan maruah orang-orang Melayu.  Orang Melayu tidak lagi menjangkakan yang pasangan Bak Kut Teh Alvin dan Vivian akan dikenakan tindakan. 

Oleh yang demikian, nama dan alamat mereka kini disebarkan di internet, pastinya dengan niat menunggu adanya seorang Melayu yang berani menjalankan hukuman ke atas mereka.   Khabarnya, mereka juga sudah menerima ancaman bunuh.  

Dalam penantian itu, dengan tidak disangka-sangka rupanya sudah ada yang menerima hukuman atas kesalahan menghina Islam.  Beliau dikenalpasti sebagai penjaga cybercafé, Ng Mun Tatt 24 tahun, yang diculik, dibogelkan dan ditinggalkan di tepi jalan dengan tubuhnya diconteng “Saya Hina Agama Islam”. 

Beliau bagaimanapun tidak cedera dan barangan peribadinya juga diserahkan kepada teman wanitanya. 

Kejadian ini membawa dua pengertian iaitu:

1.  Orang Melayu itu ada kesabaran dan hanya memberi amaran walaupun kes penghinaan terhadap agama Islam dan Melayu sudah berpuluh kali berlaku.

2. Kesabaran itu pasti ada hadnya. 

Cara orang Melayu melepaskan kemarahan juga boleh terjadi dengan dua kemungkinan iaitu:

1. Mengamuk terhadap sesiapa sahaja yang berani menghina Islam dan Melayu lagi selepas ini. 

2. Menolak UMNO yang dilihat lemah dan tidak mampu membela Islam dan Melayu lagi. 

Justeru, apa yang terjadi kepada Mun Tatt sebenarnya bukan sahaja merupakan amaran terhadap kaum Cina yang biadap, tetapi juga amaran terhadap kerajaan dan pihak berkuasa agar lebih tegas.  Tidak mustahil keadaan akan menjadi lebih buruk jika semua yang menghina agama Islam tidak dikenakan tindakan.   

Ini hanyalah amaran:



Apapun, kes ini tidak harus dipandang remeh atau diketepikan sebagai ‘kes orang Melayu yang emosi’.  Sesungguhnya hanya orang yang paling bodoh dan tidak bermaruah sahaja yang sanggup mengangkat orang yang menghinanya sebagai ikon! 

Oleh itu, atas dasar cinta kita pada UMNO dan BN, inilah diingatkan bahawa kemarahan orang-orang Melayu terus memuncak dan mungkin akan meletup menjelang PRU-14 nanti.  Pada waktu itu, pemberian BR1M berjumlah RM5000 seorang juga tidak akan mampu melembutkan hati mereka lagi.  

  

No comments:

Post a Comment