Sunday, June 30, 2013

SPAD : WALAUPUN BERUSIA 3 TAHUN, DIYAKINI ANTARABANGSA

Pengiktirafan SPB Yang di Pertuan Agong terhadap usaha SPAD dalam menambah baik pengangkutan awam terutama pengangkutan darat telah dizahirkan dalam titah baginda ketika merasmikan Dewan Rakyat Ke13 Penggal Pertama Mesyuarat Pertama pada 25 Jun 2013 lalu seperti berikut;

Ahli-Ahli Yang Berhormat,
26. Kerajaan juga amat komited untuk memajukan sistem pengangkutan awam agar lebih efisien untuk keselesaan rakyat dan pada masa yang sama akan terus memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi dengan melaksanakan pelbagai pembaharuan dan inisiatif, antaranya pembinaan Aliran Transit Massa (MRT) dan Terminal KLIA 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Selepas rakyat memberi mandat semula di dalam PRU 13 kepada Barisan Nasional sebagai parti pemerintah Malaysia, satu kabinet baru telah ditubuhkan dan perlantikan YB Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri  yang bertanggungjawab ke atas SPAD.



Walaupun SPAD baru berusia 3 tahun, namun pencapaian cemerlang telah diiktraf bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi negara-negara luar sehingga beberapa siri lawatan dari negara luar telah menunjuk minat dan juga keyakinan terhadap SPAD dalam industri pengangkutan awam darat.

Sepanjang 6 bulan pada 2013, di antara kunjungan dari luar negara adalah;

LAWATAN DAN KUNJUNGAN DELEGASI ANTARABANGSA

1. Lawatan dari Naib Presiden Jiang-Shu Transport China


2. Lawatan dari Bahagian Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan Thailand pada 12 Jun 2013



3. Lawatan dari Minister of State for Trade & Investment UK, Lord Green of Hurstpierpoint, Minister of State for Trade and Investment UK pada 5 June 2013



4. Kunjungan oleh Mr Dominique de Villepin, mantan Perdana Menteri Perancis pada 23 Mei 2013




5.  MLIT Study on KL - SNG High Speed Railway (MHSR) pada 6 Februari 2013



PERSIDANGAN KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

1. Malaysia International Bus, Truck & Component Expo 2013 pada Jun 13


2. 60th UITP World Congress and Mobility & City Transport Exhibition - Kongress Sedunia UITP dianjurkan oleh UITP, iaitu Persatuan Pengangkutan Awam Antarabangsa yang beribupejabat di Brussels. Ia merupakan satu mesyuarat yang dihadir oleh pelbagai pemegang kepentingan seperti: badan kerajaan, badan regulasi, perancang, pengendali, peneraju teknologi dan lain-lain lagi. Kongress tersebut juga merupakan pelantar bagi mengadakan persidangan, pameran dan memberikan peluang untuk menjalin rangkaian kerjasama. SPAD telah diberi penghormatan dimana pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar akan menjadi moderator dan ketua pegawai eksekutifnya, Mohd. Nur Kamal akan menjadi penyampai ceramah. Mohd. Nur Kamal juga adalah seorang ahli Jawatankuasa Eksekutif UITP.

3. Seminar Perniagaan ASEAN 2013


Dan pencapaian di bawah NKRA-UPT sehingga 2012;

Maka, inilah bukti mengapa anugerah antarabangsa yang telah diterima SPAD baru-baru ini adalah daripada hasil daripada kemampuan dan komitmen penuh pengurusan dan kakitangan yang diterajui Tan Sri Syed Hamid Albar demi meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam darat ke tahap dunia.

1 comment:

  1. Kalau kelamkabut dalam rumah anda cari rumah yang elok untuk tutup kkelamkabut dalm rumah anda. Dalam Bahasa Elite: Divert attention if your house is in chaos.

    ReplyDelete