Monday, June 03, 2013

SPAD : SETELAH 15 TAHUN... TEKSI BANDAR DIBERI NIKMAT

Respon teksi bandar sangat baik, walaupun dalam tempoh percubaan 3 bulan, namun...

SPAD telah mengumumkan pada 15 Mei 2013 yang lalu, teksi bandar dibenarkan untuk mengambil dan menghantar penumpang di KLIA. Pengumuman ini telah disambut baik oleh pemandu-pemandu teksi bandar namun terdengar juga beberapa rungutan dari pihak pemandu-pemandu teksi seperti yang disiarkan di SINI.

“Kes tipu meter tak mungkin berlaku kerana kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merekod setiap pergerakan kami walaupun ada pemandu teksi bandar yang hanya mendapat seorang penumpang selepas lapan jam menunggu,” kata Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur (Bukit Bintang) Mohamed Asharaf Yasin.

Terdahulu pengumuman SPAD di SINI, memaklumkan tujuan utama sistem 2-peringkat di wujudkan untuk memberi pilihan kepada para penumpang di KLIA, memandangkan peningkatan jumlah ketibaan yang meningkat setiap tahun di KLIA.  Ia juga sekaligus mengatasi masalah kekurangan teksi yang berlaku pada waktu puncak, berpunca daripada pelbagai faktor.

Di bawah sistem ini, teksi bandar boleh menyertai sistem perkhidmatan 2-peringkat dengan mengenakan tambang mengikut meter.

MENGAPA RUNGUTAN INI TERJADI?

Masalah timbul apabila segelintir pemandu teksi beranggapan bahawa KLIA akan sentiasa mempunyai penumpang.  Ini menyebabkan terdapat lebihan penawaran daripada permintaan teksi di KLIA.  Kita dapat lihat pada hari pertama sistem ini dilancarkan pada 15 Mei 2013, walaupun telah diumumkan melalui media massa bahawa perkhidmatan teksi 2-peringkat ini bermula pada pukul 12.30 tengah hari, pemandu teksi telah mula beratur sejak pukul 6 pagi sehingga menyebabkan kesesakan ketika menunggu giliran di medan teksi.

Kita juga maklum bahawa seperti mana-mana lapangan terbang antarabangsa yang lain, KLIA mempunyai masa-masa tertentu di mana jumlah ketibaan penumpang agak rendah dan masa-masa tertentu di mana jumlah ketibaan penumpang yang tinggi.

Walaubagaimanapun, lain pula respon yang diberikan seperti laporan di SINI

"For city cabbies, today is considered as a historic occasion, after being restricted from offering their services for the past 15 years since the opening of KLIA."

"Bagi teksi bandar, hari ini adalah hari yang bersejarah setelah 15 tahun mereka dilarang untuk mengambil penumpang semenjak KLIA dibuka."

dan ...

CBT also enquired from a customer waiting in line of the reason why she chose the city cab service.

“It’s much cheaper to use the city taxi service instead of the zonal coupon charges by the airport limousine,” said Jenny Lim, an executive with a logistic company."
 
"Ia lebih murah jika mengambil teksi bandar berbanding dengan tambang kupon zon oleh limo airport," kata Jenny Lim seorang eksekutif di syarikat logistik.

Mengenai cadangan Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur, Encik Mohamed Asharaf Yasin untuk membenarkan pemandu teksi mengambil penumpang yang mahu ke ibu negara dan bukan tempat-tempat yang lebih dekat seperti Subang Jaya yang tambangnya lebih murah, S.P.A.D. tidak sekali-kali akan membenarkan perkara ini berlaku.  S.P.A.D. akan mengenakan tindakan keras sekiranya didapati pemandu-pemandu teksi memilih penumpang berdasarkan destinasi mereka.
 
APA TINDAKAN SPAD?

Kepada Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur (Bukit Bintang), Mohamed Asharaf Yasin ... tempoh sistem ini masih lagi di peringkat percubaan selama 3 bulan dari tarikh diumumkan. Sebagai agensi yang bertanggungjawab ke atas cadangan ini, SPAD pasti mengumpul maklumbalas dari pihak penumpang dan juga pemandu-pemandu teksi bandar dan bekerjasama rapat dengan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk menyediakan risalah, ‘bunting’  dan juga pengumuman dari masa ke semasa kepada pengguna KLIA mengenai perkhidmatan teksi bandar bermeter ini.

Di dalam tempoh percubaan inilah, maka SPAD sedang mengumpulkan maklumat bagi mengenal pasti corak permintaan teksi di KLIA bagi memberi gambaran terhadap waktu menunggu kepada pemandu-pemandu teksi bandar supaya mereka dapat mengurus operasi mereka dengan lebih efektif untuk mewujudkan ‘situasi menang-menang’, untuk penumpang dan pemandu teksi. 

Tempoh percubaan ini juga akan dijadikan sebagai garis panduan sebelum KLIA2 beroperasi kelak.

No comments:

Post a Comment