Sunday, June 16, 2013

KENAIKAN TAMBANG BAS 30%... SPAD TIDAK PERNAH BERI KATA PUTUS


Desakan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) kepada kerajaan untuk menaikkan tambang hingga 30% telah menimbulkan tidak puas hati di kalangan rakyat Malaysia.

Ini adalah lanjutan daripada saranan Pengarah Urusan KTB, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh agar kerajaan menstruktur semula tambang pengangkutan awam dinaikkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kadar sekarang. dengan alasan tidak dapat menampung kos pengendalian dan mengelak syarikat terbabit mengalami kerugian sehingga terpaksa menamatkan operasi mereka. 

Kali terakhir kenaikan tambang bas ialah pada tahun 2008, di mana kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar tambang biasa ke 30% setelah desakan permintaan PMBOA menaikkan 100% telah ditolak. Namun berdasarkan kajian kementerian ketika itu, kenaikan tambang bas adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan meskipun berlaku beberapa kali kenaikan harga minyak.

Sekali lagi PMBOA telah memberi kejutan kepada rakyat Malaysia tanpa mendapat persetujuan kerajaan akan menaikkan tambang bas sediada hingga 30%. Yang lebih dijadikan isu kontroversi bila SPAD dijadikan sasaran.

Baru-baru ini, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar telah diajukan dengan soalan keputusan PBOA mengenainya akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri. Jawapan Tan Sri ialah;

"Kita akan kaji. Banyak mana? Itu kita akan timbang,"

Syed Hamid berkata pengusaha syarikat bas perlu seiring dengan SPAD dalam mencapai objektif untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada orang awam.

Syed Hamid juga berkata, kerajaan memahami kehendak mereka yang ingin menaikkan tambang bas, namun mereka tidak seharusnya membuat sesuatu tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Katanya, kerajaan selama ini membenarkan pengusaha syarikat bas mengenakan caj tambahan sebanyak 10 peratus apabila tiba musim perayaan bagi membantu syarikat berkenaan. 

Maka, di mana kesalahan SPAD dan pengerusinya?

Kepada PMBOA, ini pula beberapa respon dari rakyat...



Komentar rakyat....
Tetapi mahu naik sehingga 30 peratus, bukankah permintaan itu terlalu tinggi? Jika minta naik 10 atau 15 peratus mungkin permintaan itu tidak keterlaluan untuk dipertimbangkan.

Apakah pengguna dapat dengan harga tiket bas yang tinggi itu? Apakah syarikat bas akan mengadakan perkhidmatan tambahan yang luar biasa atau mutu perkhidmatan akan ditingkatkan sehingga 30 peratus juga? - UtusanOnline

dan juga...

“Kenaikan 30 peratus memang membebankan pelanggan,”
Pengusaha bas perlu berpihak kepada penumpang dan tidak membuat keputusan untuk mencapai hasrat mereka tanpa persetujuan pengguna, kata Presiden Pemandu Bas Melayu Semenanjung Malaysia, Mohd Yasin Yacob - SinarHarian 

Kepada PMBOA, apabila kerajaan tidak membuat keputasan seperti yang dikehendaki bukanlah bermakna kerajaan tidak prihatin langsung. Tidak perlu beri 'panic button' kepada rakyat. Kerajaan juga bertanggungjawab kepada sebilangan besar rakyat yang juga adalah pengguna perkhidmatan bas.

Ruang untuk berbincang pasti masih terbuka. Maka tidak perlu dihebohkan kepada media sesuatu yang tidak mendapat persetujuan kerajaan.

Kepada rakyat Malaysia, jangan panic.... Kerajaan belum lagi membuat sebarang keputusan. Pasti SPAD akan respon setelah kajian terperinci dibuat dan satu kata putus di antara kerajaan dan PMBOA dengan mengambil kira kedudukan pengusaha-pengusaha bas dan kepentingan rakyat.

Terima kasih kepada rakyat yang tidak mudah mengambil terus khabar-khabar yang belum pasti.

Kepada pengheboh cerita aka bloggers.... Tidak perlu menambah panic kepada rakyat dengan mensensasikan berita-berita yang tidak pasti dan sah. Tidak perlu dipolitikkan isu seperti ini dengan memburukkan agensi-agensi kerajaan terutamanya SPAD yang sentiasa mengkaji dan mencari solusi demi kebaikan semua.

Segala tambahan garam di luka, amatlah tidak diperlukan untuk memenuhi ruang article anda!!!

Inilah jawapan yang paling tepat dari Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid.... "Mereka memberi pandangan dan kita juga memberikan pandangan bagi mencari jalan terbaik untuk orang ramai"


No comments:

Post a Comment