Monday, June 24, 2013

BLACK 505 - JAWAPANNYA... BORING!!!

Pemimpin-pemimpin Pakatan telah menjangkakan lautan rakyat yang lebih besar untuk hadir Perhimpunan Black 505 semalam berbanding dengan perhimpunan Bersih 3.0 tahun lepas. Ini juga diyakini pemimpin-pemimpin pembangkang apabila beberapa siri perhimpunan selepas PRU13 pada 8 Mei lalu di Stadium Kelana Jaya, mereka berjaya menghimpunkan lebih 100,000 rakyat.

Seperti yang dilaungkan bahawa Black 505 di Padang Merbok sebagai kemuncak atau "Mother of all Protest" Pakatan Pembangkang terhadap PRU13 dan SPR sehingga penganjur Black 505 telah menganggarkan lebih 300,000 akan memenuhi Padang Merbok semalam.

Tetapi apa yang berlaku, dianggarkan hanya tidak melebih 15,000 yang hadir untuk berkumpul di Padang Merbok

Sekitar waktu 12.00 - 1.00 tengahari

Di Sogo

Di Brickfields

Di Padang Merbok

Sekitar waktu 2.00 tengahari di Padang Merbok


Akhirnya, ketika Anwar sedang bercakap;



Malahan, perhimpunan pertama yang telah diadakan sebelum ini pada 8 Mei lalu di Stadium Kelana Jaya, jauh lebih ramai yang hadir.

APA YANG TELAH BERLAKU?

Kedengaran, ramai yang telah meninggalkan Padang Merbok lebih awal dan tidak menunggu ucapan Anwar. Ini adalah kerana setelah menunggu beberapa minit sebelum ucapan Anwar, ramai pemimpin-pemimpin pembangkang telah berucap sungguh membosankan dan isunya sama seperti mereka pernah didengar berkali-kali. 


Pemimpin-pemimpin pembangkang sekadar mengutuk BN, menuduh PRU13 tidak adil dan bersih, undi popular serta tuntutan perletakan jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR.

Ada di antara yang hadir telah boleh membaca apa yang Anwar akan cakap sehingga ada antara mereka tidak mampu menunggu lebih lama lagi. Dan ada pula yang tidak puas hati apabila beranggapan perhimpunan Black 505 bukanlah untuk menyelesai kehendak rakyat tetapi sekadar ceramah politik yang diulangi.  Yang paling malang ada yang menyatakan ia hanya membuang masa untuk berada lebih lama di Padang Merbok.

Kebanyakan penyokong pembangkang bukanlah terlalu bodoh untuk mengetahui perhimpunan di Padang Merbok adalah usaha terakhir Anwar memenuhi janji-janji Pakatan Rakyat untuk menumbangkan BN tetapi telah gagal.

Maka dengan pantas Pakatan memberi alasan . Anwar telah menyalahkan keadaan jerebu yang menyebabkan kegagalan lebih ramai rakyat tidak hadir. Semua maklum bahawa keadaan jerebu telah berlaku beberapa hari sebelum perhimpunan dan pihak berkuasa juga telah menasihatkan
agar ditunda atau diadakan di kawasan tertutup, namun Anwar berdegil untuk meneruskan kehendak beliau diadakan di kawasan terbuka kerana dakwaannya ratusan ribu penyokong pasti hadir.

Anwar juga tidak berjaya mengaitkan alasan tindakan ganas polis apabila pihak berkuasa ini hanya mengawal keadaan trafik dan memastikan keadaan lalulintas berjalan lancar.

APA SETERUSNYA?

Sandiwara pembangkang terutamanya Anwar mesti dihentikan segera. Bukan sahaja membuang masa tetapi tuduhan palsu terhadap SPR akan terbukti apabila akhirnya Anwar dan Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang akan turut serta mengangkat sumpah esok hari di mana Anwar akan dilantik
sebagai Ketua Pembangkang.

Maka apabila Anwar dan Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang telah mengangkat sumpah, mereka sendiri telah membuktikan dakwaan mereka terhadap SPR sekali gus telah tidak berjaya dan sememangnya palsu. Berakhirlah sandiwara Anwar dengan kegagalannya untuk mengumpul sokongan popular di Padang Merbok dan rakyat perlu fikir untuk tidak melayan sandiwara seterusnya.

KINI, SEKALI LAGI SATU KEGAGALAN SANDIWARA SEORANG LELAKI TUA BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM DAN IA MESTI BERAKHIR.


No comments:

Post a Comment