Monday, May 27, 2013

SPAD : PROJEK KERETAPI LAJU KL - SINGAPURA... SASARAN 2020

Projek kereta api laju telah dirancang sejak 1997 dan disasarkan siap sekitar 2020. Berikut adalah kronologi perkembangan projek ini...

18 Februari 2011
Kerajaan hanya akan memulakan kajian prakebolehlaksanaan bagi hubungan Rel Kelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura tidak lama lagi, menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). 

Kajian berkenaan akan dikendalikan secara bersama oleh SPAD dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), akan menentukan daya maju hubungan rel sedemikian.- BH 

05 Ogos 2011

SURUHANJAYA Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyiapkan kajian daya maju awal projek keretapi laju antara Kuala Lumpur dan Singapura pada bulan depan.

Hasil kajian itu akan dibentangkan kepada Kabinet untuk diteliti sebelum diluluskan untuk dilaksanakan pula kajian penilaian selanjutnya, kata Pengarah NKRA, Bahagian Mempertingkatkan Pengangkutan Awam di Bandar, Ahmad Suhaili Idrus.

Difahamkan, kajian peringkat awal projek itu antara lain meliputi pelbagai isu seperti kesan sosial, ekonomi dan teknologi sehinggalah kepada aspek kawal selia projek.

Penganalisis ketika dihubungi berkata, projek itu, jika menjadi kenyataan dijangka membabitkan kos antara RM10 hingga RM13 bilion yang mana antara RM3 hingga RM4 bilion adalah untuk pembinaan infrastruktur, manakala sekitar RM8 hingga RM9 bilion kos pengambilalihan tanah. 

27 Julai 2012
TENDER bagi kerja pembangunan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dijangka dibuka menjelang pertengahan tahun depan.
Ketua Pembangunan SPAD, Azmi Abdullah Aziz pula berkata, jika semua berjalan lancar, projek HSR itu dijangka dimulakan akhir tahun depan dengan tender kerjanya pula dikeluarkan seawal pertengahan tahun.

Pelaksanaan projek MRT, tender bagi kerja pembangunan HSR itu juga akan diagihkan mengikut pakej. Menerusi kajian daya maju yang dilaksanakan, kita akan tahu apa manfaat akan diperoleh negara termasuk dari segi pulangan pelaburan serta kegiatan ekonomi yang bakal dijana dan juga dari segi risikonya.
 
18 Februari 2013

Pemimpin Malaysia dan Singapura bersetuju dengan cadangan pembinaan kereta api laju yang menghubungkan republik itu dengan dan Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, yang sedang dalam lawatan rasmi di sini, dan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong menyifatkan projek berkenaan sebagai 'pembangunan strategik'.

Pembinaan sistem kereta api laju itu dijangka siap menjelang 2020.

20 Februari 2013  
Penganalisis mengunjurkan projek kereta api laju antara Malaysia dan Singapura akan menyediakan pelbagai manfaat ekonomi, termasuk meningkatkan nilai hartanah di kedua-dua negara.
DIjangkakan lebih ramai warga asing terutama di Singapura akan menggunakan kemudahan rel itu antara Singapura dan kemungkinan antara Johor Baharu dan Kuala Lumpur, dan membeli lebih banyak hartanah di Kuala Lumpur - Ketua Ekonomi RAM Holdings Group Dr Yeah Kim Leng

Perniagaan dan sektor pelancongan dan pembinaan juga akan memperoleh manfaat daripada pembangunan strategik ini. Projek ini juga akan mengambil kira hubungan sosial, politik dan ekonomi antara kedua-dua negara ke tahap baharu.
 
Projek itu akan memberi impak positif kepada kedua-dua negara. Pembangunan ini akan menjadi pemangkin utama dalam menggandakan atau meningkatkan tiga kali ganda kesan pengganda terutama di zon ekonomi Iskandar Malaysia -
Naib Presiden dan Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan 

27 Februari 2013
Greater Kuala Lumpur dan Singapura akan sama-sama memperoleh manfaat dari segi kemasukan aliran modal, perdagangan dan pelancongan dengan adanya kemudahan pengangkutan keretapi laju, Hubungan Sistem Aliran Pantas, RTS.
 Ia adalah projek menang-menang bagi Malaysia dan Singapura, khususnya dari segi limpahan ekonomi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, projek yang sedang dalam kajian bersama oleh kedua-dua negara itu, akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di sekitar jajaran yang dicadangkan termasuk Air Keroh, Muar dan Batu Pahat.

1 Mac 2013
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memastikan harga tiket bagi cadangan kereta api kelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Malaysia dan Singapura berpatutan untuk orang awam di samping mengimbangkan keperluan untuk dapat beroperasi secara mampan.
Syed Hamid berkata, SPAD, yang telah diberikan tugas untuk menerajui projek HSR, akan bekerja rapat dengan rakan Singapura untuk membincangkan perkara-perkara yang akan memberi kesan kepada kedua-dua negara, termasuk yang diketengahkan oleh penganalisis Moody's - Utusan
 
6 Mac 2013 
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha kemudiannya dilaporkan berkata, pembinaan landasan lebih 400 kilometer itu akan membolehkan waktu perjalanan antara kedua-dua bandar raya dipendekkan kepada hanya 90 minit.
   
Berdasarkan kajian awal, Kong berkata, lima stesen kereta api baru akan dibina iaitu di Seremban (Negeri Sembilan); Ayer Keroh (Melaka); dan Muar, Batu Pahat serta Iskandar Johor (Johor) menuju ke Singapura - SH

19 April 2012
SURUHANJAYA Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyelesaikan kajian berdaya maju fasa 1A membabitkan rancangan menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura menerusi sistem kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dan akan memulakan kajian bagi fasa 1B, tidak lama lagi.

Kajian bagi fasa 1B membabitkan impak ekonomi jika HSR diwujudkan, manakala fasa 1B pula akan menumpukan kajian jajaran laluan dan lokasi. Apabila kajian fasa 1B ini selesai, kajian berdaya maju akan dimula yang membabitkan soal kos pembinaan. Jika dilaksanakan, HSR tidak akan menggunakan rel sedia ada, sebaliknya laluan baru.


1 Mei 2013 
Pengerusi SPAD
SPAD akan mengemukakan laporan mengenai cadangan projek Kereta Api Laju kepada Majlis Ekonomi (EC) dan kabinet tidak lama lagi. Semua laporan akan dikemukakan kepada Perdana Menteri kata Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar.

Malaysia dan Singapura bersetuju melaksanakan projek itu, yang dianggap sebagai 'game changer', antara Kuala Lumpur dan republik itu menjelang 2020. Persetujuan itu dibuat semasa sesi pemukiman pemimpin antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee  Hsien Loong, Februari lepas.

Apabila siap, perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura hanya mengambil masa 90 minit.

Mengenai projek MRT dari Johor Baharu dan republik itu, Syed Hamid berkata setakat ini kedua-dua kerajaan memutuskan supaya projek itu yang dicadang disambung dengan MRT Singapura, dikaji bersama.

"Kajian itu sudah siap dengan beberapa cadangan untuk ditimbang oleh kedua-dua pihak. Mereka ada setahun untuk membuat keputusan, sama ada  meneruskan atau tidak projek itu," kata Syed Hamid. Difahamkan antara pilihan yang dipertimbang ialah pembinaan jambatan atau terowong bawah tanah - MStar

2 comments:

  1. Bagus le, senang sikit cina nk blik undi, balik hari je, modal pn xbnyak nk kena kluor, jambatan bengkok pn xnampak batang idung ni nk buat rel pulak, aku ni dduk jb, jb skrg dh jd bandaraya mati, bisnes pn xjalan, orag turun jb smata nk ke singapura jak, xde apa yg mnarik dah, ada pantai pn dh dtambak, hari2 jem smata nk kasi kreta singaporean ulang alik..ilang sudah kemasyuran jb.(kisah benar)

    ReplyDelete
  2. hmm..org kita asyik kene tipu jela ngn singapore tu...beli air murah..jln bengkok xjadi..keteapi lame pn da xde..pulau kene curi..industri dia ngadap johor..tmpat pranginan belah bawah..hmm keteapi laju?sah2 org mlayu kt bandar xmampu tgal..yg ade kmpung lak kene gadai...hmm

    ReplyDelete