Di antara ucapan Tan Sri Muhyiddin pada ucapan perasmian sayap UMNO - Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agong UMNO 2011 :
Membujur lalu melintang patah, jangan hanya dilaungkan tapi buktikan kita tidak rela membiarkan pembangkang terus menghina perjuangan parti kita. Kita tidak akan berganjak walau seinci daripada memastikan rakyat tidak diperdaya dan diperalatkan.
Patah sayap bertongkat paruh,
Patah paruh bertongkat siku,
Patah siku bertongkat dagu,
Patah dagu bertongkat kuku
Patah paruh bertongkat siku,
Patah siku bertongkat dagu,
Patah dagu bertongkat kuku
Bagi mengubati kegelisahan pejuang-pejuang UMNO di PWTC, di luar sana dan di mana jua mereka berada, dengarlah lagu ini sebagai pembakar semangat kita berhadapan musuh sebenar Islam dan Melayu - DAP:
Datuk Seri Shahrizat, Pergerakan Wanita adalah
srikandi UMNO...
Pengaruh wanita amat kuat dalam masyarakat. Setiap undi wanita amat penting kepada UMNO. Perkukuhkan
gerakerja Jalinan Rakyat. Perhebatkan
aktiviti Skuad Sayang dengan pendekatan yang tersusun dan teratur. Kajian sikap
mesti tepat, penyelarasan dan kerjasama dengan kepimpinan bahagian mesti
mantap.
Saudara Khairy, andalah panglima perang paling muda
dalam UMNO...
Persiapkan hulubalang pemuda untuk bertarung
dalam peperangan yang paling perit dalam sejarah parti kita. Bersedialah dengan
kekuatan mental dan fizikal. Biar putih tulang, jangan putih mata!
Datuk Rosnah, Puteri adalah permata UMNO...
Datuk Rosnah, Puteri adalah permata UMNO...
Pimpinlah Puteri dengan kesatuan hati dan
matlamat. Dalam kelembutan Puteri, serlahkan peranan anda untuk membawa
golongan wanita muda ke pangkuan UMNO. Bingkaslah untuk menarik sokongan rakyat
kepada parti. Perhebatkan program Puteri di segenap peringkat. Kembalikan
kegemilangan Puteri sebagai sayap tempat bernaung remaja dan wanita muda untuk
bersama-sama mencorak hala tuju Negara. Laksanakan peranan anda dengan berkesan
supaya parti kita menjadi lebih kuat.
Di antara ucapan-ucapan TSMY yang terpaut di hati:
- Sesungguhnya, harapan umat Melayu terhadap UMNO tinggi menggunung. Kesatuan kita ini ibarat kata pepatah Melayu:
Bulat Manusia kerana Muafakat
Kata seia kata sepakat
Setuju sependirian setuju sependapat
Kata dibulati kata bertepati
Janji termeteri, kejayaan dinikmati
Kata seia kata sepakat
Setuju sependirian setuju sependapat
Kata dibulati kata bertepati
Janji termeteri, kejayaan dinikmati
- Segala fitnah terhadap UMNO ini ibarat api yang memamah setiap helaian jasa dan bakti UMNO.
- Kepada Yang Amat Berhormat Presiden, usah resah, usah gelisah, usah gundah, usah gulana. Teruskan perjuangan. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke lautan sama direnangi. La takhaf wa la tahzan innallaha ma’ana. (Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah swt ada bersama kita)
- Matlamat penyebar fitnah jahat ini amat jelas - hilangkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin utama UMNO dan meruntuhkan harapan orang Melayu terhadap parti keramat ini. Tujuan mereka tidak lain hanya mahu merampas kuasa politik.
- Dari satu segi, PKR dulu, kini dan selamanya tidak pernah berganjak daripada tujuan penubuhannya, iaitu mempertahankan seorang individu. Untuk itu syabas kita ucapkan kepada PKR, walaupun sebenarnya:
Hisap rokok dalam kelambu,
Terbit asap menjadi abu
PKR umpama golok kayu
Tetak tak lut gadai pun tak laku.
Terbit asap menjadi abu
PKR umpama golok kayu
Tetak tak lut gadai pun tak laku.
- Sebagai ahli UMNO, sebagai pemimpin UMNO, kita semua memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa dan negara yang menjadi asas dan matlamat perjuangan UMNO.
- Kita tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan UMNO dalam membela orang Melayu.
- Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti.
- Ingat, pilihan raya nanti adalah pertandingan
hidup atau mati. Ingat, pilihan raya nanti bukan untuk kemenangan diri tetapi
adalah untuk kemenangan parti.
Kita sentiasa mengorak langkah melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan. - Gendang perang sudah dipalu. Langkah pendekar sudah disusun. Bangunlah! Berjuanglah! Pergilah ke seluruh 222 kawasan Parlimen, 576 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 7,470 Pusat Daerah Mengundi
- Lunaskan tanggungjawab moral kita sebagai pejuang UMNO dengan membantu rakyat.
- Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri?Jawapannya tentu sekali tidak.
Jika kita bersatu hati (wahdatul qalb), bersatu
minda (wahdatul fikr), bersatu amal (wahdatul amal) dan bersatu matlamat
(wahdatul hadf) parti kita akan kuat.
Hatred against other races and religion comes when leaders such as this and bloggers parade it over and over in the minds of the masses. ONCE, just once, allow to justify it by comparing against someone elses behavior and it just mushromes into SELF RIGHTEOUSNESS.
ReplyDeleteThis leads to sels deception that makes a persons concience retarded.