Melayu ‘Primitif’ atau Cina yang ‘Barbaric’?
Artikel asal : HangTuah
1. Apa yang hendak saya tulis ini adalah satu demonstrasi yang jelas mengenai Newton’s Third Law of Motion dalam kehidupan seharian. The third law states that for every force there is an equal and opposite force. For example, if you push on a wall, it will push back on you as hard as you are pushing on it. Maka semua pihak, terutama dua orang ini, perlulah berhati-hati bila hendak menghentam / menghina pihak lain.
2. Kali ini saya ingin poskan penghinaan Dr Wee Ka Siong dan Tay Ting Yian terhadap bangsa Melayu dan keputusan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang telah dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) pada 29 Mei 2010 di PWTC, Kuala Lumpur.
3. Kedua-dua mereka bukanlah calang-calang orangnya. Wee adalah Ketua Pemuda MCA dan Timbalan Menteri Pelajaran manakala Tay pula adalah seorang berjawatan Timbalan Editor Sinchew Jitpoh (SCJP). Mereka berdua bukan buta huruf seperti Cina yang tanam sayur di hujung kampong atau bela babi di pinggir hutan.
4. Mereka sudah tentu bukanlah seorang yang bodoh dan tidak bermaklumat. Tetapi mereka sanggup dilihat sebagai seorang yang bangang dan bercakap/menulis sebagai seorang yang dangkal asalkan mereka dapat menyerang dan menghina orang Melayu, UMNO dan khasnya Perkasa. Apatah pula mereka mempunyai orang Melayu (?) sebagai kawan untuk sama-sama menghentam kita iaitu Rafidah Aziz, Karim Raslan, Jema Khan dan Syed Nadzri.
5. Masakan Tay tidak tahu Kongres Bumiputera pada 29 Mei 2010 adalah anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM); bukannya anjuran Perkasa. Perkasa hanyalah salah sebuah daripada 126 pertubuhan yang menganggotai MPM. Dan Dato’ Ibrahim Ali hanyalah Pengerusi Kongres; bukan pun Pengerusi MPM. Tay tahu tapi dia sengaja berlagak naïf.
6. Dia tahu bahawa adalah lebih mudah dan selamat menyerang Perkasa dan mengganyang Ibrahim daripada menghentam MPM yang jauh lebih besar itu.
7. Wee dan Tay juga bukan dungu. Mereka tahu sekarang adalah tempoh mendapatkan maklumbalas mengenai Model Baru Ekonomi (MBE) melalui proses engagement.
8. Lantaran semua pihak berhak dan bebas memberikan pendapat masing-masing – termasuk MCA, MIC, Suiqui, Dong Jiao Zong, Hindraf, dll – untuk dikaji oleh MPEN (NEAC). Dan mereka berdua tak pun mengkritik pertubuhan-pertubuhan itu yang memberikan cadangan bagi pihak kaum masing-masing.
9. Justeru mereka berdua tiada hak untuk mengkritik MPM / Perkasa dan mana-mana pihak lain yang bebas memberikan pendapat mereka.
10. Tapi Wee dan Tay serta mereka yang segolongan dengannya sengaja buat tak faham proses ini dan menghentan MPM/Perkasa dengan melabelkannya berfikiran primitif dan rasis. Jika itu labelnya, maka bukankah MCA, MIC, Suiqui, Dong Jiao Zong, Hindraf adalah lebih teruk dan lebih busuk lagi dari tahi babi?
11. Mereka berdua adalah orang yang pandai kerana mereka dapat membaca kebijaksanaan MPM / Melayu apabila ia menolak MBE secara prinsip. Dia tahu kalau MBE diterima bulat-bulat maka orang Melayu akan dapat dijajah dan, akhirnya, menjadi seperti Red Indian di USA, orang Asli di Australia dan orang Maori di New Zealand.
12. Itulah yang mereka dan (semua?) orang Cina lain mahu. Tapi hasrat mereka tak kesampaian.
13. Lalu mereka berdua naik marah dan dengan sengaja melaga-lagakan MPM/Perkasa dengan UMNO dan DSN dengan cara mengaitkan penolakan MBE itu sebagai menentang kerajaan dan PM. Mereka sengaja buat bahlol yang seolah-olah DSN tak tahu bahawa penolakan secara prinsip itu adalah terhadap MBE yang belum pun diterima oleh kerajaan dan kritikan itu pula adalah terhadap NEAC; bukan ditujukan kepada kerajaan.
14. Kalau mereka mahu UMNO bangkit menentang MPM / Perkasa, maka elok juga ditanya mengapa MCA dan MIC tak pertahankan kerajaan bila diserang oleh orang / pertubuhan Cina dan India yang chauvanis dan sentiasa tak puas hati terhadap kerajaan sedangkan telah banyak dilaksanakan oleh kerajaan untuk masyarakat Cina dan India hinggakan mereka lebih kaya daripada bangsa Melayu? Di mana kesetiaan MCA dan MIC terhadap BN?
15. Bukankah niat sebenar mereka mahu menghapuskan hak keistmewaan kita di bawah Perkara 153, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan? Bukankah mereka mahu membunuh hak kebebasan kita bersuara, sebagaimana yang termaktub di bawah Perkara 10?
16. Adakah orang Melayu sedar? Tidakkah orang sedemikian fikirannya adalah sebenarnya berpemikiran primitif?
17. MPM bersikap gentleman kerana dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan Bumiputera, ia tak menafikan hak kaum lain. Telitilah 31 syor yang dikemukakannya itu.
"18. Berbeza dengan orang Cina seperti Wee dan Tay; mereka bukan sahaja memperjuangkan hak kaum mereka tapi, pada masa yang sama, nampaknya mereka mahu membunuh orang Melayu. Mereka hanya puas hati jika orang Cina kaya dan bangsa Melayu mati."
19. Merkea tak rasa seronok jika orang Cina kaya tapi Melayu masih hidup. Bukankah ini namanya amalan undang-undang rimba? Jika demikian, bukankah orang seperti ini sesungguhnya bersifat barbaric?
20. Khusus bagi Wee. Nampaknya dia lebih hina dari kacang yang lupakan kulit. Dia umpama anjing yang menggigit setelah ianya dilepaskan daripada tersepit.
21. Dia buat-buat lupa bahawa dia berpeluang menjadi Timbalan Menteri kerana undi Melayu di kawasan Parlimen Air Hitam. Orang-orang Melayu itulah yang telah mengangkat darjatnya daripada seorang budak kampong dan kini menjadi Timbalan Menteri. Para pengundi ini pula dihinanya sebagai primitif.
22. Berdasarkan petikan-petikak yang telah saya poskan dan banyak lagi yang belum sempat saya uruskan, satu yang semakin jelas ialah masyarakat Cina (mungkin juga kaum India) secara sistematik, bersepadu dan tuntas terus menerus menyerang bangsa Melayu dan UMNO dari semua sudut dan melalui pelbagai media.
23. Jika SCJP dan NYSP turut menyertai serangan ini kerana ia berasa berhak dan bertanggungjawab memperjuangkan hak kaum Cina maka akhbar lain seperti Utusan Malaysia pula berhak memperjuangkan hak kaum Melayu. Quid pro quo atau prinsip reciprocity sepertimana yang diajar oleh Confucius.
24. Sasaran mereka ialah mahu menumbangkan UMNO; maka gugurlah BN, lalu berkuasalah PR dan berkokoklah orang Cina, sepertimana yang diidam-idamkan oleh CJM yang terkenal dengan sikap rasisnya sejak dulu-dulu lagi. Tumbang UMNO, untunglah Cina, katanya.
25. Apa akan jadi pada bangsa Melayu pada masa itu nanti? Mampu bayangkan?
**********************************************************
Sinchew Jitpoh
Per: UMNO- Perkasa
Ruangan: Opinion Corner m/s 30
Tarikh: 10 Jun 2010 (Khamis)Tajuk:
Ular Makan Gajah
Tay Ting Yian/ timbalan editor akhbar iniAda seorang kawan bernama Karim Raslan baru-baru ini menggunakan perkataan tersebut sebagai pandangan beliau terhadap perkembangan politik semasa.
Beliau berkata, kumpulan-kumpulan fanatik contohnya seperti Perkasa, kini telah memonopoli dan menguasai UMNO, dan boleh dikatakan Perkasa telah buat gerakan ambil alih UMNO.
Biasanya perkataan ambil alih (reverse takeover) digunakan di dalam dunia perniagaan, biasanya sebuah syarikat kecil ataupun organisasi di belakang tabir menggunakan cara mereka mengawal syarikat-syarikat besar.
Dalam dunia perniagaan biasanya dalam perpatah Cina “ular makan gajah”, ataupun diberi nama “pinjam kulit untuk berjalan”, “kembalikan nyawa melalui mayat orang lain” dan lain-lain perumpamaan lagi.
Jika digunakan di dalam politik, memang nampak hebat dan lebih elok, boleh ditonton dan diperlihatkan, pada masa yang sama sungguh menggerunkan orang.
Perdana Menteri Najib cuba laksnakan sebuah kerajaan yang telus dan terbuka, tetapi Ibrahim Ali semasa pesidangan ekonomi bumiputera bercakap di depan perdana menteri “kami tidak setuju Model Ekonomi Baru”.
Keputusan di dalam majlis itu amat tajam, seperti telah mewakil persidangan UMNO selama ini, terus ditujukan kepada perdana menteri dan kerajaan dengan perkataan “jangan menghianat orang-orang Melayu”.
Siapa itu Ibrahim Ali?
Dahulunya, dia hanya seekor kata hijau dalam politik, pernah dibuang dari beberapa buah parti termasuk pernah dibuang dari UMNO, tiada seorang pun yang perhatikan dia dan ambil berat tentang dia selepas itu.
Hari ini beliau telah bersalin kulit, telah memakai kulit berbau fanatik dan fahaman perkauman yang kuat, beliau langsung tidak menghormati perdana menteri.
Apa itu Perkasa?
Pada mulanya, Perkasa adalah sebuah organisasi dari kalangan orang-orang yang kecewa dalam politik, tempat itu menjadi satu tempat ataupun pentas kepada orang-orang itu bersuara.
Tetapi pada hari ini, kumpulan ini menjadi wakil kepada semua masyarakat orang-orang Melayu, kewebawaannya melebihi kewibawaan UMNO itu sendiri. Mereka langsung tidak menghormati pihak kerajaan.
Dahulunya jika ada orang mengkritik perdana menteri (pengerusi UMNO) atau pun mengkritik kerajaan, dalam parti UMNO itu sendiri serta merta ada orang-orang setia pada UMNO bangkit menentang, sama seperti hulubalang-hulubang di zaman pemerintahan dinasti China dulu, kesetiaan mereka cukup mantap, dan akan tewaskan pihak kawan dengan serta merta, selagi tidak hapuskan atau hukum pihak yang menentang selagi tu hulubalang-hulubang tidak akan puas hati.
Sekarang ini, apabila menghadapi tekanan demi tekanan dari Perkasa, orang-orang dalaman UMNO senyap sepi langsung tidak berani bersuara, tidak seorang pun yang berani tampil ke hadapan, seperti tidak hiraukan keadaan itu terus berlaku, kerana takut menggugat kedudukan diri sendiri.
Sekarang ini walaupun sanjungan rakyat terhadap Najib begitu tinggi, tetapi beliau hanya berjalan seorang diri tiada orang yang membantunya.
Dalam UMNO terus senyap oleh kerana tidak mahu menyinggung perasaan Perkasa dan orang-orang yang di belakang Perkasa.
Lebih jelas lagi kita nampak bahawa UMNO sebuah parti yang mendukung rasis, ataupun Najib mahu mereka berubah kepada kurangkan fahaman rasis.
Tetapi pemikiran dalam parti yang begitu menebal, termasuk kumpulan kaum golongan tua yang begitu konsevatif tidak mahu berubah, mereka semua itu tidak bersifat terbuka untuk terima perubahan-perubahan ini.
Sebab itu memberi peluang kepada Perkasa bangkit semula, sebagai sebuah kuasa sayap kanan menguasai UMNO, ataupun Ibrahim Ali itu sendiri adalah sayap kanan kepada UMNO itu sendiri.
Orang-orang UMNO sendiri tidak berani bersuara terhadap Perkasa, kerana dikhuatiri akan dilebel sebagai “menentang Melayu” dan akan kehilangan sokongan dari pengundi Melalyu.
Walaupun polisi-polisi kerajaan dikhuatiri oleh mereka, dan najib telah dituding, tetapi mereka masih duduk di luar pagar.
Kedudukan dan peranan orang-orang dalam Perkasa ini ada yang memegang jawatan menteri-menteri dan ada juga yang menjadi pihak atasan dalam parti.
Mereka terus berdiam diri ataupun samada mereka ini ubah haluan dan sokong sepenuhnya Perkasa, ini yang dinamakan UMNO telah diambil alih (takeover).
Najib sepatutnya ambil peluang kerana serkarang ini beliau masih mendapat sokongan rakyat dan masih berkuasa lagi, cepat-cepat membuat perubahan, keluar dari kuasa-kuasa sayap kanan Perkasa, dengan itu Negara ini baru ada masa depan.
[Artikel Tay Ting Yian di dalam akhbar Sin Chew Jit Poh]
Wee dan Tay representative of all chinese? You are both primitive and babaric, dude!
ReplyDeleteWee and Tay are not representatives of all Chinese. But they are influential people, and as the argument put forward by the writer they are not simple minded folks. If educated people can be as arrogant, ignorant and prejudice, what would you expect to come from ordinary, laymen, Chinese folks?
ReplyDelete"what would you expect to come from ordinary, laymen, Chinese folks?"
ReplyDeleteOrdinary layman belong to the minority and fearful and submissive.Yes, they are not simple-minded like you quote.