Dunia blog bergegar kembali dengan target cerita dan personaliti 'favorite' iaitu... Menantu Perdana Menteri Malaysia, Khairy Jamaludin...
Target cerita dan personaliti 'favorite'? 'Favorite' di kalangan bloggers bermaksud... kontroversi.
Dunia siber dan blog merupakan sumber untuk rakyat di era ini, mendapatkan maklumat terperinci yang mungkin benar, yang mungkin boleh dipersoalkan dan yang mungkin dijadikan segala yang mungkin!
Bloggers kini telah diiktiraf sebagai mata, telinga dan lidah rakyat!
Raja blogger - RPK telah di'idle'kan tetapi mana mungkin untuk meng'idle'kan beribu klon RPK di alam ini... Terbaru, untuk pengetahuan semua, RPK menulis kembali tapi betulkah RPK atau klonnya?
Isu terhangat terkini, Mr Spicy Khairy!
Blog pro-Khairy mengakui usaha-usaha jahat telah dijalankan untuk memburukkan bos mereka kerana bos mereka akan bertanding untuk calon no. 1 Pemuda UMNO.
Pemuda UMNO untuk UMNO untuk Barisan Nasional tetapi mereka lupa... UMNO tidak mewakili rakyat majoriti di Malaysia ini! Sekiranya penyokong-penyokong Khairy mengkhususkan usaha-usaha jahat ini terbit daripada ahli-ahli UMNO... mereka terbukti salah!
Di mata kasar, UMNO untuk ahli UMNO tetapi bagaimana UMNO boleh menafikan kehendak rakyat? Mungkin kami tidak bersama mengundi atau bermesyuarat, tetapi yang pasti rakyat memberi perhatian... perhatian yang sangat-sangat serius! Prihatin rakyat melampaui prihatin ahli UMNO sendiri kerana mereka yang akan memastikan hidup mati UMNO.
Ada di antara rakyat yang masih meletakkan kasih sayang terhadap UMNO dan mereka tidak terikat dengan permainan UMNO. Di sinilah peranan mereka... blogging
Bloggers terdiri daripada pelbagai pendirian dan persepi politik tetapi yang pasti, mereka adalah rakyat Malaysia yang berkongsi maklumat dan yang pasti lagi mereka berani bertanggungjawab ke atas maklumat2 tersebut...
Mr Spicy Khairy kali ini dicabar untuk menidakkan dan menafikan gambar2 yang telah disiarkan. Challenge them will you?
Semua maklumat-maklumat terperinci mengenai insiden gambar itu telah disiarkan di sini....
Yang pasti, Mr Spicy Khairy bukan sahaja berdepan dengan usaha-usaha kempen didalam UMNO tetapi yang lebih mencabar usaha-usaha ini datangnya dari rakyat Malaysia.
You are facing with all corners of challenge unlike Mukhriz and Khir. In other words, the rakyat is giving signal to UMNO - to do or die if you choose Khairy! Up to you UMNO, we have made our choice clear.
All the best UMNO... dulu kini dan ... selamanya?
(((((((BOOOOOOOOOOMMMMMMMMMM)))))))
ReplyDeleteSerangan peribadi sememangnya menjadi lumrah politik, dan KJ sudah lama dilemparkan dengan bermacam-macam tohmahan dan fitnah untuk kepentingan sempit individu seperti Tun Dr Mahathir Mohamed dan anaknya yang tidak berani berdebat. Yang terkini, KJ dituduh ejen Amerika dan CIA oleh blogger kroni Mahathir, AnotherBrickInTheWall (hyperlink), di mana gambar seorang lelaki orang berkulit putih sewaktu hari penamaan calon untuk PRU 12 di Rembau yang diambil dari blog Pro-Khairy menjadi asas untuk tuduhan ini.
ReplyDeleteSaya amat kecewa dengan tuduhan terbaru ini bukan sahaja kerana ia menyerang integriti dan patriotisme KJ sebagai orang Melayu dan warga Malaysia, malah ia merupakan usaha berterusan oleh kumpulan pro-Mahathir untuk memberi gambaran bahawa KJ adalah pengkhianat bangsa dan negara, yang bersubahat dengan CIA, Kerajaan Singapura, Yahudi, dan lain-lain.
Penulis blog AnotherBrickInTheWall mendakwa bahawa lelaki kulit putih yang gambarnya terpapar di blog tersebut adalah sama ada Tom Daniel atau Mike Thompson. Walhal yang sebenarnya, dia adalah Nordin Abdullah, suami kepada Jumaatun Azmi yang merupakan sahabat karib isteri KJ, Nori Abdullah. Nordin yang berkulit putih itu berasal dari Australia dan memeluk Islam sebelum berkhawin dengan Jumaatun. Dia bukan Tom Daniel atau Mike Thompson yang dikhabarkan oleh penulis blog tersebut sebagai kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat dan Penasihat Pejabat Luar Whitehall yang disyaki bekerja untuk CIA dan MI6. Ternyata sekali yang lebih mengenali dua individu ini adalah penulis blog itu sendiri kerana maklumat tentang mereka yang dikongsi beliau – entah fakta atau rekaan – cukup mendalam.
Selain itu, penulis blog juga mendakwa lelaki kulit putih (Nordin) itu sering kelihatan bersama seorang lagi lelaki kulit hitam yang diungkapkan sebagai "negro" walaupun perkataan itu tidak lagi sesuai pada abad ke-21. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa lelaki kulit hitam itu adalah abang ipar KJ iaitu Diamond Ibrahim Ogbeide, suami kepada kakak sulung KJ, Mona Jamaluddin.
Penulis blog itu juga menyoal keperluan orang asing sewaktu tempoh berkempen untuk KJ di Rembau. Mereka itu sahabat dan ahli keluarga KJ, jadi apa salahnya jika mereka mahu bersama-sama saya atau membantu KJ sebagai calon Barisan Nasional?
Taktik kotor seperti ini memang konsisten dengan usaha sekian lama untuk mencemarkan nama dan maruah KJ dengan menuduh KJ bersekongkol dengan ejen negara asing. Saya amat berharap bahawa sandiwara dan mainan politik ini dihentikan, terutamanya apabila ia membabitkan serangan peribadi terhadap sahabat dan ahli keluarga KJ.
Saya menyarankan penulis blog AnotherBrickInTheWall buat 'research' dan 'homework' sebelum membuat sebarang tuduhan. Kes ini jelas membuktikan bahawa penulis blog ini bukan hanya mempunyai niat jahat tetapi tidak buat risikan yang tepat dan hanya berjaya memalukan diri sendiri dan juga majikannya, Dr Mahathir dan anaknya yang kurang sifat jantan.
bro jinggo
ReplyDeleteThanks for your reply.
Unfortunately, Another Brick in The Wall has updated his data before u responded. I supposed this explanation is best forward to him.
We love UMNO more than we are willing to risk UMNO to its funeral. KJ is already a liability to UMNO.
Mantra
ReplyDeleteRasmi saya adalah saya tidak suka mengkritik penulis lain dalam tulisan saya. Sebabnya penulis dan pemberita adalah messenger dan tidak perlu mereka ini di tembak (Don't shoot the messenger).
Dalam dunia penulisan suratkhabar, ada sesuatu yang dipanggil "right to reply". Hak itu perlu kerana suratkhabar adalah "one way communication" dan tidak mempunyai ciri-ciri interactive seperti di Internet.
Saya tidak akan post satu article untuk menjawab tetapi hanya sekadar menjawab dalam komentar. Byk perkara lain yang lebih menarik boileh ditulis dari kerja hentam menghentam sesama penulis.
1. Blog pro Khairy adalah satu blog reaktif kepada blog anti Khairy bertujuan untuk menjadi penerangan. Mereka berhak untuk membalas akan apa yang saya tulis mengenai gambar tersebut.
2. Dalam membuat penerangan, saya harap mereka ini tidak seperti KPMU yang memutarbelit secara amatur. Contohnya mereka menuduh Mukhriz melakukan politik wang dari sindiran Dr Mahathir bahawa Mukhriz menggunakan wang.
3. Dalam mereka membuat penerangan, agak hairan mereka mahu kekal sebagai blog yg agak OKU tidak mahu membenarkan komentar. Padahal mereka boleh censor komentar yang mahu dilepaskan.
4. Article original perlu difahami adalah pendedahan satu analisa dari pertalian by association, counter checking facts and personal encounters. (Maaf saya tidak boleh dedahkan siapa sumber yg saya cek.)
5. Untuk saya ditegur buat homnework dan research itu, saya harap mereka belajar membaca dan memahami bacaan dahulu. Kemudian buatlah research dan homework juga sebelum buat penafian atau penerangan untuk KJ. Cara mereka menggunakan ungkapan standard yang cliche dan membosankan untuk dibaca.
6. Kalau mereka berkebolehan membaca dan memhami bacaan mereka, gambar orang putih tersebut itu hanya pembuka cerita untuk saya mendedahkan analisa saya. Malah saya tidak bermasaalah untuk meletakkan pembetulan pada posting kemudian.
7. Blog yang nampaknya pasti membantu mengejak-ejek Mukhriz untuk berdebat dengan KJ ini pula sebenarnay poengecut. Letak saja komentar di blog ini dari cuba pakai flanking ke merata tempat. Bukankah menyusahkan saya untuk menjawab. Mungkin kerana mereka tidak akan membenarkan saya menjawab di blog mereka.
Kesian blog yg begitu canggih dan hebat teknologinya tetapi masih pemikiran dan sikap zaman batu !
P/S Ada apa2 nak cerita ke mengenai Qaswa auto di TTDI?
a voice...
ReplyDeleteThanks for your reply. Your comment has been forwarded to bro jinggo since he didnt allow any comments.
Typical of these clans, baling batu sembunyi tangan...