Selama 5 tahun berturut-turut, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah menganjurkan Simposium Pengangkutan Awam Darat SPAD dan ini adalah acara antarabangsa yang sentiasa dinanti-nantikan bukan saja pemain industri pengangkutan awam darat dari tanahair malahan sentiasa mendapat sambutan dari pihak berkepentingan dari dunia.
Sebagai platform untuk membicarakan setiap penambahbaikan sistem pengangkutan awam darat, ia juga telah menyaksikan beberapa cadangan untuk penggubalan dasar bagi pengangkutan awam darat dalam membentuk sistem bagi ekosistem pengangkutan.
Ia bukan sekadar satu simposium yang menghimpunkan pakar dalam pengangkutan awam dari pelusuk dunia, tetapi simposium ini juga menganjurkan pameran untuk orang awam dalam berkongsi maklumat dan mempertingkatkan pemahaman pelan transformasi negara dalam pengangkutan awam. Di samping itu, pengunjung juga berkesempatan mengambil bahagian di dalam pelbagai pertandingan menarik yang dianjurkan peserta pameran.
Simposium tahunan ini juga mengambil kesempatan mengiktiraf sumbangan pemain industri pengangkutan awam darat di mana setiap tahun syarikat operator dari pelbagai mode pengangkutan awam darat diraikan untuk memenangi setiap kategori yang telah dibuka dan ditentukan pihak SPAD. Mereka diraikan dalam Majlis Anugerah Industri Pengangkutan Awam Darat.
Oleh itu, bagi mereka yang terlepas mengunjungi pameran pengangkutan awam terbesar ini pada tahun lepas, untuk tahun ke 5, SPAD telah menetapkan Simposium SPAD 2017 dari 22 hingga 23 Oktober 2017 di Grand Ballroom 1&2, Level 3, KL Convention Centre. Penyertaan simposium adalah dan kemasukan ke pameran adalah PERCUMA!
Di antara peserta yang sentiasa menyertai simposium ini terdiri daripada pemain industri, wakil kerajaan, wakil penggubal dasar, NGO, ahli akademik, pelajar dan juga termasuk masyarakat awam. Sekiranya ada yang berminat untuk menyertai simposium, sila daftar ke ... http://www.spad.gov.my/lpt-symposium-2017#4 atau untuk mengetahui aturcara program, muat turun brosur ... DI SINI
Tema Simposium SPAD 2017 adalah “Reimagining Transportation: Sustainable Mobility”. Kali ini, setelah melihat kerancakan kerajaan dalam menambahbaik industri pengangkutan awam darat, di antara topik penting yang akan dibincangkan adalah peluang-peluang yang lebih luas dalam menstruktur semula yang bermatlamatkan kepentingan perhubungan rakyat.
Tema ini bertepatan dengan beberapa perkhidmatan pengangkutan awam yang telah dilancarkan kerajaan seperti perkhidmatan e-hailing, sistem rel MRT dan LRT dan akan datang keretapi laju serta tidak ketinggalan perkhidmatan bas kerajaan di seluruh negara. Maka, apa kebaikan terus kepada rakyat dan juga peluang-peluang perniagaan yang bakal dikecapi, segalanya dibincangkan di Simposium Pengangkutan Awam Darat SPAD 2017 nanti.