Lihat saja foto ini... kita rakyat marhaen dapat menilai apa-apa saja yang tersirat... Orang Indonesia bisa menyatakan, perempuannya gantang tetapi lelakinya jelek sekali... masakan perempuan gantang punyai cinta sejati untuk si lelaki jelek itu... ini pasti ingin perolehi loteri yang mudah...
Itu bukan perkara yang ingin dikatakan di sini, tetapi;
Apa faedahnya rakyat Malaysia sehingga bersungguh-sungguh ingin membela si jelita ini?
Rakyat Indonesia kononnya terlalu marah dengan kejadian si jelita dicederakan oleh suaminya. Rakyat Indonesia dari golongan apa? Yang tidor di bawah jambatan atau rakyat indonesia yang sedang mengutip sampah?
Yang paling menghairankan apabila seorang rakyat Malaysia yang masih mengaku sebagai rakyat Malaysia yang telah melarikan diri ke Indonesia bermati-matian membela si jelita ini. Tidak cukup di situ, beliau mempersoalkan bukan sahaja tindakan kerajaan kita tetapi juga mempersoalkan kononnya rakyat Malaysia yang tidak prihatin terhadap isu ini...
Penerangan saya mudah, apa pentingnya isu si jelita ini kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia akan hanya prihatin dan bertindak tegas sekiranya si lelaki jelek itu mencederakan seorang gadis pingitan kampung yang daif... emmmm semasa berkahwin dulu, kenapa rakyat tidak dijemput... sudah separuh mati baru ingatkan rakyat?
Indonesia tiada beraja maka, mereka boleh berkata apa2 pun dan tidak semestinya Malaysia yang beraja ini tidak boleh berkata-kata. Kami di sini akan terus bertindak sekiranya sesiapa saja berlaku zalim. Cuma cara kami berbeza... Oleh kerana itu, kebanyakan kerabat di raja tidak menggemari kami rakyat marhaen kerana kami tergolong dari bijak pandai yang tidak mudah untuk dikelar dan dibom... serta tidak mudah gelap mata untuk mendapatkan loteri percuma.
So, ape faedahnya kisah si jelita dan si jelek ini kepada rakyat Malaysia melainkan mengisi ruang gosip artis?
p/s : Farish A Noor, di mana kamu?








